Kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan masyarakat Orang Asli dari segi kebajikan dan pembangunan, walaupun mereka tinggal jauh di pedalaman.
Exco Agama Islam, Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata kerajaan negeri sentiasa komited dengan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk penganjuran Program Permukiman daerah Hulu Perak untuk memastikan mereka turut bersama merasai nikmat pembangunan.
"Penganjuran program pemukiman ini salah satu bukti komitmen kerajaan negeri untuk turun padang dan membantu rakyat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk Orang Asli di Kampung Ulu Gerik di sini pada Khamis.
Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusof Husin.
Kampung Ulu Gerik mempunyai 58 keluarga yang terdiri daripada 47 keluarga Islam manakala bakinya bukan Islam.
Mengulas lanjut, Mohd Nizar berkata selain sumbangan makanan, pihaknya bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk melakukan pemeriksaan pendawaian rumah yang telah dibina sejak 1971 dan menggantikan lampu yang rosak.
Sempena program Pemukiman Daerah Hulu Perak selama lima hari yang berakhir Sabtu ini, Mohd Nizar berkata pihaknya telah menyusun 102 program di Pengkalan Hulu, Gerik dan Lenggong yang merangkumi pelbagai peringkat kehidupan, bermula daripada tadika hingga kepada tahfiz dan pembangunan keluarga.
Sementara itu, ketika berucap merasmikan penutup kursus penyembelihan di Pusat Komuniti Kampung Padang Kunyit, di sini, Mohd Nizar berharap kursus berkenaan akan memberi pendedahan kepada golongan muda mengenai teknik penyembelihan yang betul dan mengikut syarak.
Seramai 40 belia mengambil bahagian dalam kursus anjuran bersama JAIPk dan Jabatan Veterinar yang turut dihadiri Anggota Parlimen Lenggong, Datuk Syamsul Anuar Nasarah.
Bernama
Fri Feb 26 2016

Kerajaan Perak tidak pernah meminggirkan masyarakat Orang Asli - Foto Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Bomba Perak kenal pasti 21 'hotspot' kemungkinan berlaku fenomena kepala air
Ia merangkumi lima daerah iaitu Hulu Perak, Larut Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

Banjir di Perak pulih, dua PPS ditutup
Kesemua mangsa yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Basia Lama dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Perlis, Hulu Perak dan Beaufort catat gelombang haba - MetMalaysia
Menurut MetMalaysia, sebanyak 29 kawasan di Semenanjung, tiga di Sarawak dan satu di Sabah merekodkan suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga.

NR-REE mungkin ada di kawasan lain selain Hulu Perak - MB
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad tidak menolak kemungkinan terdapat unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di kawasan lain selain di Daerah Hulu Perak.

Projek melombong lantanida di Hulu Perak dijangka bermula September - MB Perak
Sekiranya bahan itu terbukti bernilai menerusi projek rintis berkenaan, proses seterusnya dari segi SOP baharu akan diperkenalkan.

Kerja perlombongan nadir bumi di Hulu Perak masih belum dimulakan - Saarani
Operasi perlombongan lantanid iaitu sejenis nadir bumi di Hulu Perak, masih belum dimulakan, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Hujan lebat punca tanah runtuh di JRTB
Berikutan itu, hanya satu lorong dibuka di sekitar kawasan terlibat selain papan tanda amaran turut dipasang.

Jabatan Perhutanan Perak gagalkan cubaan pindah kayu getah tanpa kebenaran
Lori dan muatan kayu getah tersebut telah dirampas dan disita serta dipindahkan ke Pejabat Renjer Hutan Lawin untuk tujuan penyimpanan sementara.

Banjir: Tiga PPS dibuka di tiga daerah di Perak
Di daerah Hilir Perak, 92 penduduk daripada 23 keluarga ditempatkan di SK Changkat Jong, Teluk Intan, yang dibuka pada pukul 11 malam tadi.

Perak minat tingkatkan keselamatan sempadan
Kerajaan Perak sedang mengambil beberapa petunjuk daripada perbincangan dengan pegawai-pegawai Amerika Syarikat di sini mengenai cara terbaik bagi memastikan keselamatan sempadannya.