IPOH: Projek melombong nadir bumi lantanida di Hulu Perak dijangka akan dimulakan seawal September depan susulan kebenaran merancang (KM) bersyarat yang diterima daripada Majlis Daerah Gerik sebelum ini.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ketika ini perancangan berkenaan berada di peringkat akhir bagi menunggu keputusan kelulusan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Pelan Kawalan Endapan dan Hakisan (ESCP) daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
“Jika tiada masalah dalam permohonan kelulusan dua perkara itu, projek rintis itu akan dapat dimulakan (sesegera mungkin).
“Pada beberapa minggu lalu juga kita ada didatangi pakar-pakar serta pemain terbaik dalam industri ini dan memberi pandangan daripada segi inovasi kaedah-kaedah baharu untuk mengekstrak bahan itu.
“Jadi kita tengok keadaannya bagaimana nanti dan diharap ia benar-benar dapat dijadikan sumber pendapatan baharu untuk kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup Perak Sejahtera 2030: State Leadership Summit 2022 di Hotel Casuarina@Meru di sini, semalam.
Dalam pada itu, Saarani berkata sekiranya bahan nadir bumi itu dapat dibuktikan bernilai menerusi projek rintis berkenaan, proses seterusnya dari segi prosedur operasi standard (SOP) baharu akan diperkenalkan.
“Setelah lantanida ini benar-benar terbukti bernilai dan bukan bahan radioaktif, proses seterusnya seperti mewujudkan kaedah dan lesen bagi tujuan pelombongan akan diadakan. Namun ketika ini ia baru dalam proses untuk mendapatkan lesen mencari gali dalam projek rintis ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc Perak), Anuar Zainal Abidin ketika ditemui berkata kelulusan EMP dan ESCP bagi projek rintis berimpak tinggi itu dijangka siap dalam masa terdekat.
Katanya perancangan awal projek itu dijalankan pada bulan ini namun terpaksa ditangguh atas masalah-masalah teknikal termasuk daripada sudut kelulusan daripada JAS dan JPS itu.
“Projek rintis ini sudah dimulakan sejak tahun 2018 lagi yang mana kita bersama-sama dengan pelbagai agensi seperti Universiti Malaya telah ke Nanning, China untuk melihat sendiri kaedah perlombongan bahan tersebut di sana.
“Justeru dalam tempoh tiga tahun kita telah membuat pelbagai kajian dan kini ia berada di garisan penamat sebelum dapat dijalankan projek rintis itu,” jelasnya lagi.
Media sebelum ini melaporkan, Majlis Daerah Gerik telah memberi kebenaran merancang dengan bersyarat bagi projek rintis perlombongan lantanida di Mukim Kenering.
Projek itu dilaporkan perlu mematuhi SOP yang ketat termasuk memperolehi sijil Prosedur Pemantauan Alam Sekitar (EMP) dan Penilaian Impak Sosial (SIA).
Amirrul Rabbani
Wed Aug 24 2022
Saarani berucap pada Persidangan Kemuncak Kepimpinan Perak Sejahtera 2030 di Ipoh, 24 Ogos 2022. --fotoBERNAMA
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
Bomba Perak kenal pasti 21 'hotspot' kemungkinan berlaku fenomena kepala air
Ia merangkumi lima daerah iaitu Hulu Perak, Larut Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.
Banjir di Perak pulih, dua PPS ditutup
Kesemua mangsa yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Basia Lama dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Perlis, Hulu Perak dan Beaufort catat gelombang haba - MetMalaysia
Menurut MetMalaysia, sebanyak 29 kawasan di Semenanjung, tiga di Sarawak dan satu di Sabah merekodkan suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga.
NR-REE mungkin ada di kawasan lain selain Hulu Perak - MB
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad tidak menolak kemungkinan terdapat unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di kawasan lain selain di Daerah Hulu Perak.
Projek melombong lantanida di Hulu Perak dijangka bermula September - MB Perak
Sekiranya bahan itu terbukti bernilai menerusi projek rintis berkenaan, proses seterusnya dari segi SOP baharu akan diperkenalkan.
Kerja perlombongan nadir bumi di Hulu Perak masih belum dimulakan - Saarani
Operasi perlombongan lantanid iaitu sejenis nadir bumi di Hulu Perak, masih belum dimulakan, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Hujan lebat punca tanah runtuh di JRTB
Berikutan itu, hanya satu lorong dibuka di sekitar kawasan terlibat selain papan tanda amaran turut dipasang.
Jabatan Perhutanan Perak gagalkan cubaan pindah kayu getah tanpa kebenaran
Lori dan muatan kayu getah tersebut telah dirampas dan disita serta dipindahkan ke Pejabat Renjer Hutan Lawin untuk tujuan penyimpanan sementara.
Banjir: Tiga PPS dibuka di tiga daerah di Perak
Di daerah Hilir Perak, 92 penduduk daripada 23 keluarga ditempatkan di SK Changkat Jong, Teluk Intan, yang dibuka pada pukul 11 malam tadi.
Perak minat tingkatkan keselamatan sempadan
Kerajaan Perak sedang mengambil beberapa petunjuk daripada perbincangan dengan pegawai-pegawai Amerika Syarikat di sini mengenai cara terbaik bagi memastikan keselamatan sempadannya.