PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) menawarkan Program Khas Peremitan Pendapatan (PKPP) kepada pemastautin di Malaysia yang mempunyai pendapatan disimpan di luar negara, yang akan dilaksanakan bermula 1 Jan hingga 30 Jun tahun depan.
HASiL dalam satu kenyataan pada Selasa menyatakan ia dilaksanakan selaras dengan pembatalan pengecualian cukai ke atas pendapatan daripada punca luar negara, seperti diumumkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melalui Bajet 2022.
Kenyataan HASiL itu menyatakan PKPP akan dilaksanakan berdasarkan antara kriteria berikut iaitu; Kadar cukai tiga peratus (kasar) ke atas pendapatan yang dibawa masuk dalam tempoh tersebut seperti mana yang dicadangkan di bawah Rang Undang-Undang Kewangan 2021; Tiada semakan audit, siasatan atau penalti terhadap pendapatan yang dibawa masuk dalam tempoh PKPP, semua pendapatan yang dibawa masuk akan diterima secara suci hati oleh pihak HASiL;
Kriteria lain ialah: Pendapatan hendaklah dibawa masuk atau diremit dalam tempoh PKPP; Bayaran cukai hendaklah dibuat mengikut aturan pembayaran biasa yang telah ditetapkan bagi tahun taksiran 2022 atau 2023, yang mana berkenaan; dan PKPP tidak melibatkan pendapatan yang terbit dari Malaysia yang tertakluk kepada cukai bagi tahun taksiran 2021 dan tahun-tahun taksiran seterusnya dan diremit atau dibawa balik dalam tempoh PKPP.
Kenyataan itu menyebut selepas tamat tempoh tersebut, HASiL akan menyemak dan meneliti maklumat-maklumat pendapatan pemastautin Malaysia disimpan di luar negara yang diterima melalui perjanjian pertukaran maklumat percukaian dengan negara-negara lain.
"Sekiranya berdasarkan semakan, didapati pendapatan yang disimpan di luar negara yang berpunca dari Malaysia masih belum dilaporkan, taksiran tambahan boleh dibangkitkan berserta dengan penalti selaras dengan peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967.
"Sehubungan itu, HASiL menggalakkan pembayar cukai menyertai program khas yang ditawarkan ini bagi mengemas kini kedudukan cukai mereka," menurut kenyataan itu lagi.
Dalam Bajet 2022 sebelum ini, Tengku Zafrul berkata cukai pendapatan dikenakan kepada pemastautin di Malaysia ke atas pendapatan yang terbit daripada sumber luar negara dan diterima di Malaysia, bermula 1 Jan tahun hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 17 2021

Lembaga Hasil Dalam Negeri tawar Program Khas Peremitan Pendapatan kepada pemastautin di Malaysia yang mempunyai pendapatan disimpan di luar negara, yang akan dilaksanakan bermula 1 Jan hingga 30 Jun tahun depan. - Foto fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Program khas peremitan pendapatan bermula 1 Jan hingga 30 Jun 2022
Ia dilaksanakan selaras dengan pembatalan pengecualian cukai ke atas pendapatan daripada punca luar negara.

LHDN tawar Program Khas Peremitan Pendapatan kepada pemastautin di Malaysia
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menawarkan Program Khas Peremitan Pendapatan (PKPP) kepada pemastautin di Malaysia yang mempunyai pendapatan yang disimpan di luar negara.