KUALA LUMPUR: Program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat, yang menawarkan harga barangan basah dan kering pada harga lebih murah berbanding harga pasaran, dijangka akan diperluaskan bagi memenuhi permintaan, sekali gus membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata program itu, boleh diadakan secara strategik iaitu pada waktu tertentu seperti di tengah bulan atau sewaktu menunggu hari gaji.
"Sebenarnya program ini telah diusahakan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal sejak beberapa tahun lalu di kawasannya, saya tertarik dengan konsepnya yang menawarkan barang keperluan harian dan barang segar pada harga 30 hingga 50 peratus lebih rendah, untuk bantu kurangkan kos sara hidup rakyat terutamanya B40.
"Jadi apa kita adakan hari ini ialah untuk percubaan dan pembuktian konsep, yang saya akan panjangkan dan cadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimana untuk kita laksanakan di kawasan Parlimen lain terutamanya dalam mengawal kos harga barang dan membantu kurangkan kos sara hidup," katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Jualan Termurah, Berkhidmat Untuk Rakyat di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi hari ini, anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Fahmi yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata program itu juga boleh menjadi nilai tambah kepada Program Jualan Rahmah (PJR), anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
"Kita bukan untuk bertanding dengan pasar raya, tetapi ia lebih kepada untuk membantu secara berkala. PJR juga telah beberapa kali kita adakan di Lembah Pantai ini tetapi ia ada pengiliran, jadi untuk menampung keperluan dan permintaan, program ini amat membantu.
"Melalui program seperti ini juga, kita boleh lihat kos rantaian bekalan juga dapat dikawal bagi memastikan manfaatnya terus dinikmati rakyat... macam hari ini ikan-ikan segar semua kita ambil terus dari kapal," katanya.
Dalam pada itu, Fahmi berkata dalam memaksimumkan kehadiran dan komuniti yang mendapat manfaat daripada program ini, pemilihan lokasi sangat penting.
"Macam kawasan ini kita ada beberapa PPR, flat kos rendah dan kuarters kerajaan, jadi dia memang kawasan tumpuan dan lokasi yang strategik untuk diadakan program seperti ini, agar lebih ramai yang akan dapat manfaatnya," katanya.
Sementara itu, Jemiah Othman, 64, berkata beliau teruja untuk mendapatkan barangan basah pada program hari ini, memandangkan ia merupakan pertama kali diadakan di kawasan perumahannya.
"Saya rasa memang bagus buat program macam di kawasan perumahan, sebab dapat memudahkan orang ramai terutamanya warga emas mendapatkan barang basah yang murah... tidak perlu pergi jauh-jauh.
"Harga yang ditawarkan pun lebih murah, udang, sotong dan ikan siakap memang dijual pada harga yang murah dari kedai biasa, saya beli barangan yang harganya memang murah," katanya.
Program sehari bermula 8 pagi hingga 11 pagi itu, menawarkan barangan basah seperti ikan, ayam, sotong, udang dan barangan kering termasuk beras dan gula.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024
![Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat dijangka diperluas seluruh Parlimen - Fahmi Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat dijangka diperluas seluruh Parlimen - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704513704_FahmiFadzil.jpg)
Fahmi ketika ditemui pemberita selepas meninjau Jualan Termurah "Khidmat Demi Rakyat" anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai di Tapak Parkir Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi hari ini. - Foto Bernama
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia
Beliau telah mengadakan pertemuan dengan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, sebelum kedua-dua mereka mencapai persetujuan berhubung keputusannya itu.
![Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat akan diperluas, lebih kerap - PM Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat akan diperluas, lebih kerap - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706416898_AnwarIbrahim.jpg)
Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat akan diperluas, lebih kerap - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat akan diteruskan dan diperluaskan seluruh negara.
![Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat dijangka diperluas seluruh Parlimen - Fahmi Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat dijangka diperluas seluruh Parlimen - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704513704_FahmiFadzil.jpg)
Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat dijangka diperluas seluruh Parlimen - Fahmi
Program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat akan diperluaskan bagi memenuhi permintaan, sekali gus membantu mengurangkan kos sara hidup.