KUALA LUMPUR: Profesor wanita Melayu pertama, Puan Sri Profesor Dr Fatimah Hamid Don meninggal dunia pada usia 89 tahun awal pagi ini.
Anak Allahyarham, Dr Fawziah Tan Sri Ishak berkata, ibunya menghembuskan nafas terakhir pada 2.35 pagi ketika dalam fasa pemulihan selepas mengalami strok sejak setahun lepas, di Hospital KPJ Tawakal.
"Kami terkejut kerana masa raya pertama ibu saya beritahu beliau dapat jalan enam langkah dan sangat positif untuk pulih daripada strok. Beliau merupakan role model saya," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, jenazah Allahyarham disembahyangkan di masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, Petaling Jaya selepas solat zohor.
Allahyarham meninggalkan dua anak perempuan dan dua cucu perempuan.
Pada masa sama, cucunya, Dr Dima Marlina Mohd Rafi menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pemergian Allahyarham bukan sahaja sebagai seorang ibu dan nenek, tetapi juga sebagai tokoh pendidikan negara dan pemerkasaan wanita.
Antara pencapaian Allahyarham ialah menjadi wanita Melayu pertama memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan di Universiti California, Amerika Syarikat dan dianugerahkan Pingat Fatimah sempena Hari Wanita pada 1988.
Allahyarham juga telah berkhidmat dalam bidang pendidikan sejak 1956 dan menjawat pelbagai jawatan tinggi termasuk sebagai pegawai pelajaran, guru serta pensyarah maktab.
Fatimah bersara sebagai profesor pada 1990 setelah berkhidmat 26 tahun di Universiti Malaya. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2023

Puan Sri Profesor Dr Fatimah Hamid Don meninggal dunia pada usia 89 tahun awal pagi ini. - Gambar BERNAMA

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Profesor wanita Melayu pertama, Fatimah Hamid Don meninggal dunia
Allahyarham ialah wanita Melayu pertama memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan di Universiti California, Amerika Syarikat.