SHAH ALAM: Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Emeritus Datuk Raduan Che Rose dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) baharu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 15 Feb lepas.
UiTM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, pelantikan Raduan, 63, bagi menggantikan Prof Emeritus Tan Sri Ibrahim Abu Shah yang memegang jawatan sebelum ini sejak 18 Jan 2021 hingga 10 Jan lepas telah dipersetujui oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin.
Anak kelahiran Alor Gajah, Melaka itu mendapatkan pendidikan peringkat ijazah di Universiti Malaya seterusnya melanjutkan pengajian peringkat sarjana di University of Stirling, Scotland manakala doktor falsafah di Leeds Business School, University of Leeds, United Kingdom.
Beliau merupakan ahli akademik berpengalaman sangat luas dalam pengurusan institusi pendidikan tinggi dan banyak melibatkan diri sebagai pemimpin utama di universiti awam dan swasta termasuk pergerakan persatuan akademik negara.
"Beliau pernah menjadi Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan dan berjaya melakukan kemajuan dan perubahan yang sangat pesat serta berkesan sepanjang tempoh perkhidmatannya di universiti itu.
"Selain itu, beliau juga mempunyai pengetahuan sangat mendalam mengenai Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara berikutan peranannya sebelum ini yang pernah berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi dalam memberikan input kepakaran dalam pelaksanaan program dan agenda memajukan sektor pendidikan tinggi negara," menurut kenyataan itu.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional dan menerajui Persatuan Pegawai Akademik Kebangsaan di samping Presiden Persatuan Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia.
Pada masa kini, Raduan merupakan Presiden MPN yang berfungsi menggerakkan kepakaran akademik negara untuk melakukan advokasi awam serta memberi input kepakaran kepada pihak kerajaan, masyarakat dan industri. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023

Prof Emeritus Datuk Raduan Che Rose dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) baharu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 15 Feb lepas. - Gambar fail BERNAMA

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Prof Emeritus Raduan, pengerusi baharu Lembaga Pengarah UiTM
Prof Emeritus Raduan Che Rose menggantikan Prof Emeritus Ibrahim Abu Shah yang memegang jawatan itu sebelum ini.