Rakyat Indonesia tidak lama lagi akan dapat menikmati produk pertanian Malaysia yang dibekalkan menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA).
Antara produk yang akan memasuki pasaran Indonesia ialah Teh Tarik 3 dalam 1, Madu Sri Kaya, Bijirin Oat 3 dalam 1, Kopi Putih dan Ginseng.
Produk-produk ini mendapat kelulusan pihak pengurusan ubat dan makanan Indonesia.
FAMA akan mengumpul produk pertanian itu, mentah dan diproses, daripada usahawan Bumiputera dan membekalkannya ke Indonesia menerusi MFSB Foodstuff Marketing.
MFSB Foodstuff baru-baru ini memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan Winn Groups and Companies.
MOU itu ditandatangani pada 5 Dis, 2016 di Pavilion FAMA sewaktu berlangsungnya Ekspo Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor.
Majlis itu disaksikan Datuk Wan Zulkefle Mohd Wan Ibrahim, Pengarah Urusan MFSB Foodstuff serta Mansor Omar, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan FAMA dan Datuk Seri L. H Kenny, Pengerusi Winn Groups and Companies (syarikat Indonesia).
"Kita membuat perjanjian untuk bekerjasama memasarkan produk FAMA ke Indonesia," kata Wan Zulkefle kepada Bernama.
Perjanjian ini mengambil masa selama dua tahun bermula dari tarikh pemeterian MOU.
PEMASARAN KE INDONESIA
Pihak MFSB Foodstuff menjangkakan sebanyak RM30 juta jualan tahunan di Indonesia.
Ini berdasarkan hasil kajian empat tahun MFSB Foodstuff sebelum membuat perjanjian dengan Winn Groups and Companies.
"Harapan utama kita untuk mencapai sekurang-kurangnya 10 peratus penduduk Indonesia iaitu 28 juta daripada keseluruhan penduduk," kata Pengerusi Winn Groups, Indonesia, Datuk Seri L.H Kenny kepada BERNAMA.
Sebagai permulaan, pihak MFSB Foodstuff akan memasarkan barangan di bawah FAMA ke Jakarta kerana bandar itu mempunyai 17 juta penduduk.
Akhir Januari 2017, MFSB Foodstuff dijadual memasarkan sebanyak 15 produk di bawah jenama Agromas FAMA ke Indonesia.
FAMA dijangka menambah jumlah produk antara 60 hingga 70 produk akhir tahun 2017.
1MALAYSIA HALAL HOUSE
Sementara itu, Wan Zulkefle berkata pihaknya merancang membuka 1Malaysia Halal House di Jakarta, Indonesia sekitar Mei 2017.
Ia berfungsi sebagai tempat pengumpulan produk terbaik usahawan Bumiputera untuk dipasarkan ke seluruh Indonesia.
"Kita akan kumpulkan semua produk usahawan bumiputera yang mempunyai sijil Halal di 1Malaysia Halal House dan memasarkannya ke seluruh Indonesia, " tambahnya.
Sebelum ini, produk FAMA berjaya menembusi pasaran di China, Brunei, New Zealand, Dubai, dan Jepun.
MFSB melahirkan keyakinannya terhadap kemampuan Winn Groups kerana syarikat ini mempunyai pencapaian terbaik dan telah beroperasi lebih 30 tahun di Jakarta.
Syarikat itu juga mempunyai rangkaian pengedaran yang meluas di seluruh Indonesia iaitu di Surabaya dan Medan.
Ia juga merancang untuk membuka operasi di Bali.
Zulkefle berharap syarikatnya akan dapat membantu FAMA memperluaskan empayarnya. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2016
![Produk pertanian Malaysia ke pasaran Indonesia Produk pertanian Malaysia ke pasaran Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51448609667_FAMA.jpg)
FAMA akan mengumpul produk pertanian itu, mentah dan diproses, daripada usahawan Bumiputera dan membekalkannya ke Indonesia menerusi MFSB Foodstuff Marketing. - Gambar FAMA
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Jelajah di Sabah diharap tarik pengunjung ke MAHA 2024 di MAEPS September ini Jelajah di Sabah diharap tarik pengunjung ke MAHA 2024 di MAEPS September ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721005494_FAMAMalaysia.jpg)
Jelajah di Sabah diharap tarik pengunjung ke MAHA 2024 di MAEPS September ini
Jelajah Road to MAHA@Sabah bermula di Kota Kinabalu semalam, diikuti ke Kota Belud, Kundasang, Telupid dan berakhir di Sandakan.
![FAMA sasar RM2 juta nilai jualan Karnival Agro Madani 2024 FAMA sasar RM2 juta nilai jualan Karnival Agro Madani 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719610588_AminuddinZulkipli.jpg)
FAMA sasar RM2 juta nilai jualan Karnival Agro Madani 2024
Aminuddin berkata karnival itu dijangka mampu menarik lebih 200,000 pengunjung dengan penyertaan seramai 689 usahawan.
![FAMA pemudah cara bantu pengusaha durian kampung eksport ke China FAMA pemudah cara bantu pengusaha durian kampung eksport ke China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627204453_durian.jpg)
FAMA pemudah cara bantu pengusaha durian kampung eksport ke China
FAMA diminta menjadi pemudah cara dan mencari mekanisme untuk membincangkan perkara itu kerana ia merupakan peluang melebarkan perniagaan pengusaha durian di kampung.
![Jualan Agro MADANI FAMA bantu rakyat jimat hingga 30 peratus Jualan Agro MADANI FAMA bantu rakyat jimat hingga 30 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718489889_AbdulRashidBahri.jpg)
Jualan Agro MADANI FAMA bantu rakyat jimat hingga 30 peratus
Ketua Pengarah FAMA harap rakyat Pahang mendapat manfaat daripada program yang diadakan selama tiga hari bermula 12 hingga 15 Jun itu.
![FAMA sasar RM17 juta Jualan Khas Semarak Aidiladha di seluruh negara FAMA sasar RM17 juta Jualan Khas Semarak Aidiladha di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718345640_Aidiladha.jpg)
FAMA sasar RM17 juta Jualan Khas Semarak Aidiladha di seluruh negara
Ia bertujuan membantu menangani kos sara hidup menerusi kebolehcapaian dan ketersediaan bekalan produk agromakanan dengan harga berpatutan.
![FAMA anjur Karnival Agro MADANI di enam lokasi tahun ini FAMA anjur Karnival Agro MADANI di enam lokasi tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717198801_FAMAKarnival.jpg)
FAMA anjur Karnival Agro MADANI di enam lokasi tahun ini
Enam lokasi itu ialah PTK Seberang Jaya, PTK Chukai, PTK Chini Pekan, PTK RTC Kelantan, PTK Datin Halimah di Johor dan PTK Changlun.
![FAMA sasar RM7.3 juta jualan FAMA Fest tahun ini FAMA sasar RM7.3 juta jualan FAMA Fest tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716562610_AminuddinHarun.jpg)
FAMA sasar RM7.3 juta jualan FAMA Fest tahun ini
Sasaran itu melibatkan lapan penganjuran FAMA Fest bermula Februari lepas hingga Disember ini.
![Perak bakal jadi pengeluar bawang merah kecil terbesar negara Perak bakal jadi pengeluar bawang merah kecil terbesar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715254054_bawangPerakMBPer.jpg)
Perak bakal jadi pengeluar bawang merah kecil terbesar negara
Lebih 3.3 tan metrik bawang merah kecil BAW-1 yang bakal dijenamakan sebagai Bawang Perak akan dipasarkan ke seluruh outlet FAMA, esok.
![Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024 Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714303659_FAMAMalaysia.jpg)
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
![Fama adakan Jualan Semarak Syawal Agro Madani di seluruh negara Fama adakan Jualan Semarak Syawal Agro Madani di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712309103_PasarTani.jpg)
Fama adakan Jualan Semarak Syawal Agro Madani di seluruh negara
Jualan Semarak Syawal Agro Madani diadakan di seluruh negara hingga menjelang sambutan Aidilfitri ini, bagi memberi peluang kepada pengguna mendapatkan barangan keperluan perayaan.