TUMPAT: Faktor harga murah dan mudah diperoleh menyebabkan ramai golongan remaja perempuan termasuk pelajar sekolah menggunakan produk kosmetik tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga mengakibatkan kerosakan pada kulit dan struktur muka.
Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif, Pusat Pengajian Sains Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Dr Siti Fatimah Noor Mat Johar berkata rata-rata remaja berkenaan dikesan mengalami masalah kulit muka akibat penggunaan pencuci muka dan pelembap yang mempunyai bahan terlarang.
"Lambakan produk kosmetik yang tiada kelulusan KKM ketika ini amat membimbangkan kerana pihak kami daripada Unit Sains Rekonstruktif HUSM menerima ramai pesakit yang mengalami masalah kulit muka selepas menggunakan bahan mengandungi steroid yang tinggi.
"Kita juga dapati terdapat beberapa produk kosmetik ini mudah dibeli di kedai runcit tanpa mengetahui kandungan khusus bahan yang digunakan. Biasanya produk seumpama ini dihasilkan melalui bahan 'timbang kilo' yang diperoleh dari Thailand atau Indonesia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Ceramah Keselamatan Kosmetik 'Beautiful Me With Safe Cosmetics', di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Siti Fatimah berkata terdapat juga kes yang dilaporkan kepada pihaknya mengenai kewujudan beberapa klinik kecantikan yang tidak berdaftar menawarkan rawatan suntikan vitamin C bagi menghilangkan kedutan pada wajah.
"Klinik-klinik yang menawarkan rawatan seperti ini biasanya mendakwa mendapat kelayakan melakukan suntikan itu selepas beberapa bulan mendalami ilmu kecantikan di Korea atau Thailand.
"Golongan remaja perlu bijak memilih produk kecantikan dengan memastikan produk itu telah mendapat kelulusan KKM terlebih dahulu, sekiranya tidak berbuat demikian proses merawatnya amat sukar kerana besar kemungkinan akan mengalami parut kekal dan kerosakan struktur muka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022
Rata-rata remaja terbabit dikesan mengalami masalah kulit muka akibat penggunaan pencuci muka dan pelembap yang mempunyai bahan terlarang. - Gambar hiasan/ Pixabay
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
PGA rampas produk kosmetik dianggar RM90,000 disyaki cuba diseludup
Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai produk kosmetik yang dianggarkan bernilai RM92,600 dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Tumpat semalam.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Lima produk kosmetik dikesan mengandungi racun - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
KKM batal notifikasi tiga produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi tiga produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
KKM batal notifikasi tiga produk komestik mengandungi racun berjadual
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi tiga produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual, dan ia tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
KKM senarai empat produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual
Kesemua produk berkenaan mengandungi racun berjadual yang dikesan seperti merkuri, Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate.
KKM batal notifikasi tiga produk komestik mengandungi racun berjadual
KKM telah membatalkan notifikasi produk kosmetik BL Ledehh Day Cream 2, BL Ledehh Night Cream dan For U Night Cream kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
Dua produk kosmetik dikesan mengandungi merkuri
Penjual dan pengedar produk itu perlu menghentikan penjualan dan pengedaran dengan serta-merta.
Produk kosmetik murah, tiada kelulusan KKM punca remaja alami masalah kulit
Faktor harga murah dan mudah diperoleh menyebabkan ramai golongan remaja perempuan termasuk pelajar sekolah menggunakan produk kosmetik tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).