SINGAPURA: Sukarelawan Malaysia di bawah inisiatif 'VoteMalaysia' pada Jumaat berjaya membawa balik 1,511 lagi undi pos dari Singapura untuk enam pilihan raya negeri (PRN).
1thirdmedia Movement, adalah antara gerakan yang bekerjasama dengan UNDI18, sebuah gerakan belia Malaysia, berjaya mengutip undi pos daripada pengundi Malaysia yang bekerja dan menetap di republik itu sejak 5 Ogos lalu.
Pasukan itu telah melakukan perkara yang sama semasa Pilihan Raya Negeri Johor dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Seorang sukarelawan, Farrah Diyana Mohamad Ali berkata, mereka menggunakan strategi sama dengan mewujudkan lima zon pengumpulan meliputi kawasan tengah, timur, barat, utara dan selatan republik itu.
"Terdapat dua penghantaran ke pusat penyisihan di Kuala Lumpur kali ini melalui pengangkutan darat dan udara," kata Farrah Diyana kepada Bernama.
"Penghantaran pertama telah dilakukan pada 9 Ogos dengan jumlah kutipan 1,494 dan yang kedua pada hari ini menerusi laluan udara," katanya.
Sementara itu, Twitter Undi18 menyatakan, sehingga 10.30 malam 10 Ogos, jumlah semasa undi pos yang berjaya dikumpulkan sebanyak 2,171 meliputi 27.2 peratus daripada keseluruhan 7,972 pengundi pos luar negara Kategori 1B (rakyat Malaysia yang menetap di luar negara).
Tarikh akhir kertas undi pos diterima oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya ialah sebelum 5 petang pada 12 Ogos, iaitu hari pengundian di enam negeri.
Pada GE15, inisiatif VoteMalaysia ini telah berjaya membawa pulang lebih 35,000 sampul undi dari seluruh dunia, meliputi 73 peratus daripada keseluruhan sampul undi pos bagi kategori 1B.
Pada Sabtu, kira-kira 9.67 juta pemilih akan menentukan masa depan enam negeri - Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2023
![PRN: Sukarelawan Malaysia bawa balik lebih 1,500 undi pos dari Singapura PRN: Sukarelawan Malaysia bawa balik lebih 1,500 undi pos dari Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691765339_KLSCAH.jpg)
Sukarelawan Vot Malaysia melakukan pengiraan semula sampul undi rakyat Malaysia dari luar negara yang tiba sempena Pilihan Raya Negeri di Dewan Perhimpunan Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) hari ini. - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![BN Sabah sedia jika pilihan raya negeri diadakan lebih awal - Bung Moktar BN Sabah sedia jika pilihan raya negeri diadakan lebih awal - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682649924_TBBungMoktarRadin.jpg)
BN Sabah sedia jika pilihan raya negeri diadakan lebih awal - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.
![Hajiji yakin kerjasama GRS, PH Sabah bawa kejayaan pada PRN akan datang Hajiji yakin kerjasama GRS, PH Sabah bawa kejayaan pada PRN akan datang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684481562_KetuaMenteriSabah.jpg)
Hajiji yakin kerjasama GRS, PH Sabah bawa kejayaan pada PRN akan datang
Hajiji berkata, keyakinan itu berdasarkan penerimaan rakyat yang meningkat terhadap Gagasan Rakyat yang merupakan parti komponen GRS.
![Rusia adakan pilihan raya di wilayah Ukraine Rusia adakan pilihan raya di wilayah Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694214718_pollingstation.jpg)
Rusia adakan pilihan raya di wilayah Ukraine
Pilihan raya itu melibatkan puluhan wilayah serata Rusia bagi memilih gabenor dan penggubal undang-undang baharu.
![GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684481562_KetuaMenteriSabah.jpg)
GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergugat dengan kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang yakin dapat merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
![Semua pihak bertanggungjawab atas keputusan PRN - Majlis Ulama UMNO Semua pihak bertanggungjawab atas keputusan PRN - Majlis Ulama UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642000993_UMNO.jpg)
Semua pihak bertanggungjawab atas keputusan PRN - Majlis Ulama UMNO
Majlis Ulama UMNO berkata, tanggungjawab itu tidak hanya diletakkan ke atas individu tertentu sahaja.
![PRN: Rakyat Selangor buat keputusan tepat, iktiraf Pasukan Perpaduan - Amirudin PRN: Rakyat Selangor buat keputusan tepat, iktiraf Pasukan Perpaduan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691851566_PRU.jpg)
PRN: Rakyat Selangor buat keputusan tepat, iktiraf Pasukan Perpaduan - Amirudin
Amirudin berkata, keputusan tepat telah dibuat oleh rakyat Selangor dengan memberikan semula mandat kepada Kerajaan Perpaduan.
![PRN: PN Kedah 'makan besar' takluk 33 kerusi PRN: PN Kedah 'makan besar' takluk 33 kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691855041_bendera.jpg)
PRN: PN Kedah 'makan besar' takluk 33 kerusi
Perikatan Nasional (PN) Kedah mencipta sejarah apabila beriaya membolot sebanyak 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.
![[LAPOR LANGSUNG]: Kerajaan di enam negeri kekal [LAPOR LANGSUNG]: Kerajaan di enam negeri kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691818433_pengundi.jpg)
[LAPOR LANGSUNG]: Kerajaan di enam negeri kekal
Proses demokrasi berjalan lancar di semua 3,190 pusat mengundi bagi PRN di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi PRK Parlimen K. Terengganu
![PRN: Sentimen 'perlukah keluar mengundi' jadi kebimbangan PRN: Sentimen 'perlukah keluar mengundi' jadi kebimbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71682928133_TBHANNAHYEOH.jpg)
PRN: Sentimen 'perlukah keluar mengundi' jadi kebimbangan
Hannah Yeoh melihat ada petanda positif menerusi jumlah kehadiran pada ceramah-ceramah yang diadakan.
![Projek mega, isu setempat boleh jadi modal politik jika tidak ditangani - Penganalisis Projek mega, isu setempat boleh jadi modal politik jika tidak ditangani - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689779451_TBpenang.jpg)
Projek mega, isu setempat boleh jadi modal politik jika tidak ditangani - Penganalisis
Abdul Rais berkata, isu yang dibangkitkan oleh penduduk perlu diambil berat khususnya membabitkan kualiti hidup.