KUALA LUMPUR: Kurang 24 jam sebelum hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri melibatkan 173 pusat, tinjauan Bernama mendapati Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) giat melakukan persiapan.
Di Selangor, sesi simulasi proses penamaan calon menjadi sebahagian daripada aktiviti persediaan akhir petugas SPR menjelang esok.
Antara persiapan yang dilaksanakan ialah menyusun atur kedudukan bakal calon, pencadang dan pegawai di dalam dewan mengikut prosedur ditetapkan serta proses semakan borang, dokumen dan status insolvensi yang akan diserahkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati, Ijok dan Jeram Mohamad Yusli Askandar berkata pihaknya telah bersedia sepenuhnya untuk mengendalikan proses penamaan calon esok.
Mohamad Yusli, yang ditemui di pusat penamaan calon Stadium Tertutup Kuala Selangor, berkata 100 petugas terlibat dalam proses itu esok dan dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang akan menjaga keselamatan dan kelancaran di kawasan luar dewan.
Beliau turut menasihati bakal calon serta pencadang dan penyokong supaya hadir lebih awal kerana khuatir berlaku kesesakan di kawasan luar dewan.
Sementara itu, jurucakap Pejabat SPR Selangor ketika dihubungi berkata sebanyak 656 borang penamaan calon dijual sejak 5 Julai lepas di pejabat pilihan raya negeri dan pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN.
Di Pulau Pinang, Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kerusi DUN Permatang Berangan Rahim Selamat berkata petugas SPR melakukan simulasi sebanyak dua kali di Dewan Perdana Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar.
"Di sini akan melibatkan proses penamaan calon bagi DUN Permatang Berangan, Sungai Dua serta Telok Ayer Tawar dan persiapan bagi ketiga-tiga DUN setakat ini sangat memuaskan dari segi keadaan dewan.
"Kami juga bekerjasama dengan pihak Tenaga Nasional Berhad untuk memastikan perjalanan esok tidak terganggu," katanya.
Tinjauan Bernama di Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi berhubung proses penamaan calon bagi DUN Sungai Puyu mendapati petugas giat melaksanakan segala persiapan termasuk dari segi penyediaan kerusi dan meja yang tersusun rapi dengan pelbagai notis ditampal di setiap sudut dewan untuk perhatian orang ramai serta penyokong parti politik.
Di Negeri Sembilan pula, Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi DUN Bukit Kepayang Mohd Nizam Tajul Arus berkata sesi simulasi bagi memastikan kelancaran proses penamaan selesai dilaksanakan di pusat penamaan calon di Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban pagi tadi.
Beliau berkata bagi memastikan proses itu berjalan lancar, setiap calon hanya boleh diiringi seorang pencadang dan penyokong untuk masuk ke pusat penamaan.
"Penyokong parti-parti yang bertanding perlu berada 50 meter di luar kawasan dengan kawalan pihak berkuasa," katanya sambil menambah sebanyak 36 pusat penamaan calon dibuka esok yang elibatkan 36 DUN di negeri itu.
Proses penamaan calon bagi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu esok akan berlangsung selama sejam mulai 9 pagi.
SPR menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian manakala pengundian awal pada 8 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023
Proses penamaan calon bagi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu esok akan berlangsung selama sejam mulai 9 pagi. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PRK DUN Mahkota: 53.84 peratus keluar mengundi - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini adalah 53.84.
PRK Mahkota: 47.16 peratus mengundi setakat 4 petang - SPR
Sebanyak 47.16 peratus daripada 61,274 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai mengundi setakat 4 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PRK Mahkota: Jangan pakai, bawa barangan dengan logo parti ke pusat mengundi - SPR
Kegagalan pengundi mematuhi atau melanggar peruntukan yang ditetapkan boleh menyebabkan mereka dilarang daripada memasuki pusat mengundi oleh petugas pilihan raya.
SPR seru pengundi DUN Mahkota keluar mengundi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian Sabtu ini (28 Sept).
Daftar Pemilih Tambahan Ogos 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2024 (DPT BLN8/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Okt depan.
Penamaan calon PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail - SPR
Proses penamaan calon bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Sabtu ini akan diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor.
PRK Nenggiri: Lepasi jangkaan SPR, 68.21 peratus mengundi setakat 3 petang
Peratusan keluar mengundi bagi PRK DUN Nenggiri melebihi jangkaan SPR apabila 68.21 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab sehingga 3 petang.
PRK Nenggiri: Jumlah keluar mengundi menggalakkan
Peratusan keluar mengundi warga emas dan anak muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri setakat 11 pagi ini amat menggalakkan.
PRK DUN Mahkota: Penamaan calon 14 Sept, hari mengundi 28 September, kos RM2.4 juta
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 September depan sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
PRK Nenggiri: Enam pusat mengundi akan ditutup awal Sabtu ini
Enam daripada 20 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang akan diadakan Sabtu ini, akan ditutup lebih awal.