KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan turut mengambil kira maklum balas keberkesanan SOP di PRN Melaka, Sabtu lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sedang merangka SOP pencegahan COVID-19 bagi PRN Sarawak dengan Kementerian Kesihatan (KKM), Polis Diraja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.
Beliau berkata SOP itu akan diumumkan apabila ia dimuktamadkan kelak.
"Ura-ura untuk mengadakan pilihan raya di Sarawak telah lama diadakan, oleh kerana berlakunya darurat, maka ia (PRN) tidak boleh dilaksanakan... persediaan di negeri Sarawak jauh lebih teratur daripada yang kita lihat berkemungkinan berlaku di Melaka," katanya.
Beliau berkata demkian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Isnin.
Sementara itu, Wan Junaidi berkata SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), akan mempunyai kesalinghubungan digital dalam memotong nama pengundi yang meninggal dunia secara automatik.
"Dari sudut undang-undang, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama individu yang telah disenarai dalam daftar pemilih, itulah kenapa apabila berlaku kematian, kalau ia tidak dilapor kepada JPN, tidak ada perhubungan kepada SPR," katanya.
Dalam pada itu katanya pihak SPR turut mengambil maklum berhubung cadangan melaksanakan kertas undi berwarna, bagi memudahkan pengundi membuat pilihan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 22 2021
Wan Junaidi berkata SPR dan akan mempunyai kesalinghubungan digital dalam memotong nama pengundi yang meninggal dunia secara automatik. - Gambar fail/Astro AWANI
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
PRN Sarawak: GPS jangan terlalu selesa - Penganalisis
Kelonggaran SOP itu juga mencerminkan reaksi positif SPR selepas mendengar keluh-kesah pengundi dan parti-parti politik.
PRN Sarawak: Ali Biju dikompaun RM4,000, penyokong gagal patuh SOP ketika penamaan calon
Polis membuka satu kertas siasatan dan kompaun kepada calon Bebas DUN Krian, Ali Biju atas pelanggaran SOP oleh penyokongnya.
PRN Sarawak: Temu bual 'terjah' tidak dibenarkan di pusat mengundi - SPR
Sesi sidang media atau temu ramah akan ditetapkan oleh suruhanjaya tersebut bagi memastikan pematuhan penjarakan fizikal
PRN Sarawak: Calon dan dua petugas parti dibenar edar bahan kempen di rumah panjang
Bagaimanapun, edaran risalah dan bahan kempen itu hanya boleh dibuat di hadapan rumah atau di ruai rumah panjang sahaja.
PRN Sarawak: Hanya lima pemimpin tertinggi parti dibenarkan rentas negeri untuk berkempen
SOP COVID-19 Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak tidak membenarkan rentas negeri bagi tujuan berkempen sepanjang tempoh.
PRN Sarawak ambil kira maklum balas keberkesanan SOP PRN Melaka
SPR sedang merangka SOP dengan KKM, PDRM, MKN dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.
Proklamasi darurat langkah tepat untuk negara - Ketua Penerangan PBB
Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Idris Buang menyifatkan pengisytiharan darurat mampu menstabilkan negara.