GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menerima tiga laporan polis berhubung kejadian merosakkan tiang dan bendera parti politik sejak 29 Julai hingga tengah malam tadi, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berlangsung ketika ini.
Jurucakap Media PRN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, SAC W. Pusphanathan berkata ekoran itu, pihaknya membuka tiga kertas siasatan membabitkan kes yang dilaporkan masing-masing satu di daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Seberang Perai Utara (SPU) dan Barat Daya.
"Setakat ini tiada tangkapan dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan mereka yang terlibat dalam tiga kejadian tersebut.
"Semua kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya sejak bermula tempoh kempen PRN, polis Pulau Pinang telah meluluskan 107 permit bagi mengadakan ceramah oleh parti-parti yang bertanding dan tiada permohonan permit yang ditolak setakat ini.
Beliau berkata pihaknya menasihatkan parti-parti politik bertanding supaya memohon permit ceramah lebih awal supaya tiada masalah dari segi kelulusan dan tidak berlaku pertembungan lokasi dengan parti lain.
Pusphanathan yang juga Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pulau Pinang berkata polis setakat ini juga tidak menerima sebarang laporan berkaitan kesalahan yang menyentuh mengenai isu agama, raja dan kaum (3R) sepanjang waktu berkempen.
Katanya pihaknya juga tidak menerima sebarang maklumat berkenaan wujud elemen perjudian oleh mana-mana pihak sepanjang proses PRN negeri ini namun polis memantau secara terperinci kegiatan tersebut.
"Pihak polis juga mahu terus mengingatkan parti-parti politik dan penyokong mereka atau mana-mana individu terutama supaya tidak memainkan isu 3R dan tidak melakukan sebarang provokasi, kacau ganggu atau pergaduhan yang boleh mendatangkan ketidakharmonian dan kesejahteraan di negeri ini," katanya.
Beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas terrhadap mana-mana parti politik atau individu yang dikesan melakukan kesalahan ini tanpa mengira status mereka dan berkempenlah secara harmoni serta mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang pilihan raya sepanjang tempoh berkempen tersebut.
Dalam pada itu, tambahnya, polis Pulau Pinang turut mewujudkan 50 kumpulan cantas atau pemantau dengan kekuatan seramai 44 pegawai dan 195 anggota bagi memastikan ketenteraman awam terkawal sepanjang tempoh berkempen PRN kali ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023
Sejak bermula tempoh kempen PRN, polis Pulau Pinang telah meluluskan 107 permit bagi mengadakan ceramah oleh parti-parti yang bertanding dan tiada permohonan permit yang ditolak setakat ini. -Gambar hiasan
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.