MUAR: Proses pengundian awal bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning dan DUN Bentayan berjalan lancar dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan.
Proses pengundian itu dilakukan di Dewan Serbaguna Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, yang bermula jam 8 pagi tadi hingga 5 petang bagi DUN Bukit Naning melibatkan 964 anggota dan pasangan.
Sementara itu, bagi DUN Bentayan pula hingga 2 petang membabitkan 12 pegawai dan anggota polis.
Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi DUN Bukit Naning, Ahmad Nazri Rebu berkata, daripada 964 yang layak menunaikan tanggungjawab pada hari ini, 95 daripada mereka sudah mengundi secara pos.
“Setakat jam 9.45 pagi ini proses pengundian awal yang dijalankan di dewan ini berjalan lancar yang mana daripada tiga saluran yang disediakan, dua daripadanya adalah pengundian bagi kerusi DUN Bukit Naning.
“Hari ini kita jangkakan 869 pegawai, anggota dan pasangan akan datang mengundi kerana 95 daripada mereka sudah melakukan pengundian secara pos,” katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas lanjut, dia mengharapkan proses pengundian berjalan lancar hingga waktu terakhir jam 5 petang nanti selain menyasarkan peratus keluar mengundi 100 peratus.
“Saya syorkan pengundi yang layak datang mengikut waktu yang ditetapkan dan mengikut semua SOP yang telah digariskan.
“Di sini kita juga ada kakitangan kesihatan yang mana saringan awal akan dibuat termasuk mana-mana individu yang bergejala akan melakukan pengundian awal di khemas khas yang disediakan,” tambahnya.
Tinjauan Astro AWANI di sini juga mendapati proses pengundian yang bermula tepat jam 8 pagi berjalan sedikit perlahan sebelum pegawai, anggota dan pasangan masing-masing mula berpusu-pusu datang kira-kira sejam kemudian.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 12 Mac sebagai tarikh PRN Johor bagi mengisi kekosongan 56 kerusi DUN.
PRN diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN, Suhaizan Kayat berhubung pembubaran DUN ke-14 pada 23 Januari lalu.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Mar 08 2022
Empat daripada lima calon kerusi DUN Bukit Naning meninjau proses pengundian awal di Dewan Serbaguna Batalion 6 PGA. -Astro AWANI
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan segera mengatasi masalah isu sampah selepas seorang pelancong warga eropah memuat naik video menampakkan keadaan kawasan perairan Jesselton Point terjejas dengan sisa plastik.
Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri
Badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan negeri (GLC) negeri digesa menyokong aspirasi kerajaan membangunkan ekonomi negeri secara holistik sekali gus menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
PRN Johor: Proses undi awal di Batalion 6, PGA lancar
Proses pengundian yang bermula tepat jam 8 pagi berjalan sedikit perlahan sebelum pegawai, anggota dan pasangan masing-masing mula berpusu-pusu datang kira-kira sejam kemudian.