JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor menjangkakan tiada kluster baharu akan tercetus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang sedang berlangsung sehingga menjelangnya hari pengundian, Sabtu ini.
Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) JKN Johor Dr Shaharom Nor Azian Che Mat Din berkata meskipun berlaku peningkatan kes positif baharu COVID-19 di negeri ini, namun ia tidak akan berlaku secara mendadak kerana penularan varian Omicron mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi berbanding varian terdahulu.
"Selagi kita mematuhi SOP, norma baharu, saya yakin kita dapat mengekang penularan COVID-19. Kemungkinan "kluster pilihan raya' tidak akan berlaku tetapi semuanya bergantung terus kepada semua pihak termasuk jentera parti itu sendiri dan masyarakat untuk memastikan tiada penularan," katanya semasa menjadi tetamu pada program Suara Johor terbitan Bernama TV hari ini.
Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan JKN Johor telah menyebarluaskan maklumat berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan kempen pematuhan SOP sepanjang tempoh PRN Johor berlangsung bagi mengekang penularan wabak itu.
Beliau berkata sejak Februari, Johor melaporkan peningkatan kes COVID-19 dengan purata kira-kira 2,000 kes sehari.
Bagaimanapun, beliau berkata kebanyakan kes hanya mempunyai gejala ringan atau tidak gejala dengan lebih 95 peratus dalam kategori 1 dan 2.
Mengenai persediaan Kementerian Kesihatan (KKM) menjelang hari pengundian Sabtu ini, Dr Shaharom Nor Azian berkata seramai 2,393 anggota kesihatan akan bertugas di khemah bergejala.
"Di samping itu seramai 248 anggota penguat kuasa akan bertugas bersama-sama Polis Diraja Malaysia bagi memantau pematuhan SOP sepanjang tempoh proses PRN Johor," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran Negeri Johor Kayrul Hidayah Mansor berkata setakat semalam, sebanyak 41 kompaun bernilai RM41,000 telah dikeluarkan kepada individu dan penganjur sepanjang kempen PRN Johor.
Katanya daripada jumlah tersebut, 70 peratus kompaun dikenakan atas kesalahan gagal mematuhi penjarakan fizikal, mengedar risalah secara bersemuka (14 peratus), tidak mengimbas kod QR MySejahtera (tujuh peratus), tidak memakai pelitup muka (lima peratus) dan tidak membuat saringan bergejala (dua peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 09 2022
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor menjangkakan tiada kluster baharu akan tercetus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang sedang berlangsung sehingga menjelangnya hari pengundian, Sabtu ini. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.