Gelanggang pertarungan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau mula dibuka hari ini dengan Barisan Nasional (BN) yang diwakili oleh UMNO dan Pakatan Rakyat yang diwakili PAS, masing-masing cuba untuk membuktikan rakyat di pihak mereka.
Andai PAS menang, ia tidak mampu untuk menumbangkan BN yang membentuk kerajaan di Kedah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan jika BN menang, ia hanya menambah kerusi.
Tetapi keputusan PRK Sungai Limau penting untuk kedua-dua parti kerana ia boleh memberi isyarat sokongan rakyat menuju PRU14.
Jika PAS tewas, parti itu perlu melihat rakyat semakin menolak mereka, lebih-lebih lagi ia kubu kuat mereka. Manakala jika kekalahan berpihak kepada BN, ia menandakan sokongan terhadap PAS masih tinggi dan cabaran PRU14 tidak boleh diambil mudah.
PRK Limau akan menyaksikan persaingan di antara dua calon Melayu iaitu dari UMNO dan PAS. Demografi DUN ini secara asasnya adalah kawasan majoriti Melayu dengan 97% dari pengundinya adalah orang Melayu.
BN yang diwakili calon UMNO, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, pensyarah kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Perdidikan Sultan Idris (Upsi) bakal berdepan Ketua Pemuda PAS Jerai, Azam Samad.
Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau ini, selain menyaksikan dua musuh tradisi-UMNO dan PAS-bakal juga melihat pertembungan dua pemimpin baharu bagi kedua-dua parti di negeri Kedah.
Datuk Mukhriz Mahathir, peneraju jentera BN merupakan Menteri Besar Kedah yang baharu dilantik selepas PRU-13 yang lalu manakala Datuk Mahfuz Omar yang mengetuai jentera PAS dan Pakatan Rakyat merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga baharu dilantik selepas PRU-13.
Secara tradisionalnya Sungai Limau adalah kubu kuat PAS sejak 1995 yang dimenangi oleh bekas Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak yang mewakili Pakatan Rakyat.
Persoalannya adakah kemenangan yang lama itu kerana faktor calon iaitu karisma dan ketrampilan Azizan atau kerana sokongan dari akar umbi.
Kalau melihat darisegi pembangunan bolehlah dikatakan bahawa Sungai Limau agak sedikit ketinggalan jika dibandingkan dengan kawasan lain.
Apakah faktor simpati semata-mata dan faktor kesinambungan legasi akan menjadi perkiraan utama pengundi di situ? Sekiranya dua perkara di atas menjadi perkara utama, PAS mungkin berpeluang menang lagi kali ini.
Penganalisis politik, Dr. Muhammad Fuad Othman dari Universiti Utara Malaysia (UUM), berpendapat perkembangan semasa di Kedah dengan pentadbiran baharu di bawah Mukhriz perlu diambil kira.
"Beliau mempunyai pengaruh yang semakin kuat dan ditambah pula dengan agenda pembangunan yang di bawa oleh beliau, kemungkinan besar akan dapat menarik perhatian dan sokongan rakyat Sungai Limau kepada calon berwibawa BN iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim, seorang bekas pensyarah dari UPSI," katanya kepada Astro AWANI.
Dr Muhammad Fuad berkata, di pihak PAS, konflik dalaman yang melanda PAS Kedah dilihat telah reda biarpun masih ada suara-suara yang mempertikaikan perlantikan Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah.
"Masih ada yang mempertikai perlantikan Mahfuz, namun pergolakan dalaman PAS Kedah dilihat sedikit kendur, lebih-lebih lagi apabila mereka tewas di Kedah hingga hilang kuasa mentadbir.
"Kesan kekalahan ini menyebabkan, konflik dalaman itu berkurang dan kesungguhan untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau meningkat," katanya lagi.
Namun katanya apa yang lebih penting lagi adalah UMNO dan BN perlulah bekerja dengan lebih kuat dan meletakkan perbezaan dalaman BN Kedah di belakang.
"Ini adalah kerana majoriti kemenangan PAS dalam PRU 13 agak tinggi iaitu 2771 undi. Oleh itu Datuk Mukriz dan juga Datuk Seri Jamil Khir perlu mencari quick fix dan quick wins untuk memenangi hati pengundi Sungai Limau," kata Dr Muhammad Fuad.
Beliau menjelaskan kekalahan Datuk Mukriz di pemilihan Naib Presiden UMNO baru-baru ini tidak akan memberi kesan negatif bahkan akan menjadi suntikan semangat tinggi untuk UMNO kedah merampas Sungai Limau dari PAS.
"Ini adalah kerana undian yang diperolehi oleh Datuk Mukriz iaitu 93 undi adalah pencapaian yang amat memberangsangkan memandangkan ini adalah kali pertama beliau bertanding pada jawatan itu dan jauh mengatasi calon-calon kalah yang lain," katanya lagi.
Faktor dua lagi DUN di bawah Parlimen Jerai yang berada di bawah BN juga akan memainkan peranan yang penting dalam membentuk pemikiran para pengundi di PRK Sungai Limau kelak.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Oktober sebagai hari penamaan calon, manakala 4 November depan sebagai hari mengundi.
Kerusi DUN Sungai Limau kosong ekoran kematian bekas menteri besar Kedah, Azizan kerana komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 26 September lalu.
Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 untuk PAS, dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi.
Irwan Muhammad Zain
Tue Oct 22 2013
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Isu MB: 'Mahfuz macam ahli politik biskut di Kedah' - Shaiful Hazizy
Mahfuz Omar diibarat ahli politik biskut di Kedah kerana kenyataannya yang mempertikai tugas serta kesihatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Misi temukan ibu dan Sirul berjaya, kata Mahfuz
Bekas koporal polis, Sirul Azhar Umar, 44 kini disatukan kembali bersama ibunya Piah Samad, 72 hari ini di Pusat Tahanan Imigresen Villawood Sydney.
Phahrolrazi tiada dalam senarai calon MB Kedah?
PAS dikatakan meletakkan harapan kepada Naib Presiden parti, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Hayati Osman untuk jadi Menteri Besar Kedah yang baru.