Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin atas kejayaan BN mengekalkan kerusi Parlimen Rompin dalam pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung, Selasa.
"Tahniah Datuk Hasan Arifin atas kemenangan di PRK Rompin. Hidup Barisan Nasional!," kata Najib yang juga Pengerusi BN dalam catatan laman Twitternya.
BN mengekalkan kerusi itu dengan meraih majoriti 8,895 undi.
Hasan, 62, meraih 23,796 undi berbanding calon PAS Nazri Ahmad, 40, yang memperoleh 14,901 undi.
PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13 lalu, Allahyarham Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu dengan mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengulas kemenangan BN berkata kejayaan mengekalkan kerusi Parlimen Rompin itu melambangkan kepercayaan dan keyakinan rakyat yang berterusan kepada BN sebagai parti yang membela mereka.
Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah memilih calon BN Datuk Hasan.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata parti itu akan melakukan post-mortem mengenai punca kemerosotan undi majoriti dan kekalahan di beberapa Pusat Daerah Mengundi pada PRK itu.
"Rakyat telah memberi isyarat dan BN mesti mengambil berat," katanya dalam satu kenyataan.
Hasan, 62, meraih 23,796 undi menewaskan calon PAS Nazri Ahmad, 40, yang memperoleh 14,901 undi. BN menang dengan majoriti 8,895 undi.
Muhyiddin yang juga Pengarah Utama PRK BN, menzahirkan terima kasih kepada pengundi dan seluruh jentera BN yang bertungkus lumus berkempen memastikan kemenangan calon BN.
Ini termasuk jentera BN di peringkat pusat, negeri dan bahagian serta negeri angkat dan bahagian angkat, katanya.
"Saya berharap agar Datuk Hasan akan meneruskan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam memberikan khidmat terbaik kepada penduduk di Parlimen Rompin dan terus membangunkan Rompin," kata Muhyiddin.
BN, tegasnya, komited untuk melaksanakan segala akujanji yang dibuat semasa kempen PRK itu.
Bernama
Tue May 05 2015
![PRK Rompin: PM Najib ucap tahniah kepada Hasan Arifin atas kemenangan PRK Rompin: PM Najib ucap tahniah kepada Hasan Arifin atas kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41386905996_295x200.jpg)
BN mengekalkan kerusi itu dengan meraih majoriti 8,895 undi - gambarfail
Pembangkang pertikai paparan MP Bukit Gantang masih PN
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussi, kecuali mengenai keanggotaannya sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pelan asal hab anak muda libat naik taraf balapan
Pelan asal pembinaan hab anak muda di Stadium Muar melibatkan skop naik taraf balapan.
![Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721195863_lapanrumahmusnah.jpg)
Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Seorang wanita melecur pada muka serta kaki dalam kejadian kebakaran melibatkan lapan rumah di Kampung Hidayat, Jalan Apas pagi tadi.
Wanita melecur, lapan rumah di Tawau musnah
Seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital selepas cedera melecur dalam kejadian kebakaran membabitkan lapan buah rumah di Kampung Hidayat Batu 4 Jalan Apas, Tawau Sabah pada awal pagi Rabu.
Penganggur tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman gantung
Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Johor Bahru mengetepikan hukuman gantung yang dijatuhkan ke atas seorang penganggur atas kesalahan menikam seorang remaja perempuan sehingga menyebabkan kematian pada 2010
[TERKINI] Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit
Telefon pintar dipercayai milik bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, ditemui di kawasan parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam.
![Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721199094_insidentembakanber.jpg)
Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang
Angka kematian susulan insiden tembakan berhampiran masjid di kawasan Al-Wadi Al-Kabir, Oman meningkat kepada enam termasuk seorang anggota polis.
![Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693632996_EmmanuelMacron.png)
Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal
Presiden Perancis Emmanuel Macron telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Gabriel Attal.
![Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721191154_GrandHyattErawanh.jpg)
Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok
Pesuruhjaya Polis Bangkok Thithi Saengsawang dalam satu sidang media lewat Selasa berkata bahawa kesemua mangsa dipercayai dibunuh.
![Penubuhan dana kesihatan negara bagi berdepan ancaman kesihatan masa depan - Dzulkefly Penubuhan dana kesihatan negara bagi berdepan ancaman kesihatan masa depan - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721191129_DzulkeflyAhmad.jpg)
Penubuhan dana kesihatan negara bagi berdepan ancaman kesihatan masa depan - Dzulkefly
Penubuhan dana kesihatan negara yang sedang dipertimbang adalah sebagai kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang ancaman kesihatan masa hadapan.
![Hasan Arifin letak jawatan Pengerusi TNB berkuat kuasa 1 Jan Hasan Arifin letak jawatan Pengerusi TNB berkuat kuasa 1 Jan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61672369538_TBHASSANARIFINjpg.jpg)
Hasan Arifin letak jawatan Pengerusi TNB berkuat kuasa 1 Jan
Beliau juga akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi atau pengarah dalam anak-anak syarikat di bawah kumpulan syarikat TNB.
![Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659325967_AnwarIbrahim.jpg)
Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar
Menurut Anwar, Allahyarham merupakan seorang pengurus yang cekap ketika bertugas di Permodalan Nasional Berhad (PNB).
![Najib minta saya bertemu bekas Pengerusi PAC sebelum beri keterangan kepada jawatankuasa - Saksi Najib minta saya bertemu bekas Pengerusi PAC sebelum beri keterangan kepada jawatankuasa - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652862815_BekasPerdanaMenter.jpg)
Najib minta saya bertemu bekas Pengerusi PAC sebelum beri keterangan kepada jawatankuasa - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah memintanya supaya bertemu bekas Pengerusi PAC Datuk Seri Hasan Arifin.
![Pembinaan LRA Langat 2 capai tahap 88 peratus Pembinaan LRA Langat 2 capai tahap 88 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61635480140_PembinaanLRAp.jpg)
Pembinaan LRA Langat 2 capai tahap 88 peratus
Projek yang mampu membekalkan 1,130 juta liter air sehari itu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2023.
![Kewangan TNB perlu kukuh, bantu usaha kerajaan pulih ekonomi, kata Pengerusi Kewangan TNB perlu kukuh, bantu usaha kerajaan pulih ekonomi, kata Pengerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-05/61463556015_HasanArifin.jpg)
Kewangan TNB perlu kukuh, bantu usaha kerajaan pulih ekonomi, kata Pengerusi
TNB akan menyeimbangkan kepentingan industri dan peranannya sebagai syarikat tersenarai yang memberikan pulangan setimpal kepada rakyat menerusi institusi pelaburan berkaitan kerajaan.
![Hasan Arifin dilantik Pengerusi TNB Hasan Arifin dilantik Pengerusi TNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-05/71464441892_HasanArifin.jpg)
Hasan Arifin dilantik Pengerusi TNB
Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri Hasan Arifin sebagai pengerusinya berkuat kuasa 1 Okt, 2021.
![Lima sektor ekonomi bantu pertumbuhan negara dibangkit Dewan Rakyat hari ini Lima sektor ekonomi bantu pertumbuhan negara dibangkit Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41606807812_TBParlimen.jpg)
Lima sektor ekonomi bantu pertumbuhan negara dibangkit Dewan Rakyat hari ini
Rubiah minta Perdana Menteri memperincikan lima sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan yang banyak membantu semasa COVID-19.
![Tabung Haji jual saham, harta bernilai RM1.2 bilion - Fuziah Tabung Haji jual saham, harta bernilai RM1.2 bilion - Fuziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51564029149_TabungHaji.jpg)
Tabung Haji jual saham, harta bernilai RM1.2 bilion - Fuziah
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata penjualan saham, instrumen kewangan dan hartanah itu telah menghasilkan keuntungan RM61 juta kepada TH.
![Jangan terkejut kalau siaran TV anda tiba-tiba terpadam nanti, ini puncanya Jangan terkejut kalau siaran TV anda tiba-tiba terpadam nanti, ini puncanya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/41455807458_WatchingTV.jpg)
Jangan terkejut kalau siaran TV anda tiba-tiba terpadam nanti, ini puncanya
Kementerian Komunikasi dan Multimedia yakin siaran analog dapat ditamatkan sepenuhnya pada suku ketiga tahun ini bagi peralihan kepada siaran digital.
![Zaman BN pun tak ada cukai 'durian runtuh' - Lim Guan Eng Zaman BN pun tak ada cukai 'durian runtuh' - Lim Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81542264298_tblimguaneng.jpg)
Zaman BN pun tak ada cukai 'durian runtuh' - Lim Guan Eng
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, keuntungan yang dicatatkan institusi berkenaan bukanlah perkara baharu, tetapi kerajaan terdahulu juga tidak pernah bercadang untuk mengenakan cukai sedemikian.