KUCHING: Sebanyak RM54 juta daripada RM89.2 juta dana diperuntukkan bagi Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma) telah diagihkan kepada penggiat industri kreatif negara, setakat ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan menyasar untuk mengagihkan baki dana tersebut kepada penggiat industri kreatif sebelum hujung tahun ini.
Beliau berkata sehingga kini, lebih 14,000 penerima daripada industri filem, kandungan kreatif digital serta muzik telah memanfaatkan bantuan tersebut.
"Kita ingin agihkan (dana Prisma) sebelum akhir Disember ini dan bantuan ini merangkumi pelbagai aspek melibatkan semua pemain industri kreatif.
"Sebagai contoh, untuk pemain industri filem, kita beri subsidi buat mereka jalankan sanitasi di tempat kerja serta subsidi untuk melakukan ujian swab untuk pelakon dan kru yang terlibat dengan sebarang penggambaran," katanya.
Saifuddin berkata demikian selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) program Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) Dana Kandungan Digital (DKD) antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Sarawak Media Group (SMG) secara maya, hari ini.
Dilancarkan pada 5 Feb lepas, Prisma merupakan inisiatif di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia bertujuan memastikan kelangsungan dan kelestarian penggiat industri kreatif negara dalam mendepani impak pandemik COVID-19.
Menerusi kerjasama tersebut, RM2.9 juta akan diperuntukkan bagi menjayakan sembilan projek kerjasama antara FINAS dan SMG dalam penghasilan kandungan kreatif.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 05 2021

Saifuddin berkata, kerajaan menyasar untuk mengagihkan baki dana tersebut kepada penggiat industri kreatif sebelum hujung tahun ini. - Bernama

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.

PRN: PN tawar Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor bernilai lebih RM2 bilion
Bertemakan Selangor Baharu, Kita Bangkit, pakej berkenaan merangkumi tujuh tunjang utama, 25 pendekatan dan 112 tawaran.

Dana RM92.5 bilion: Siasat terbuka, jangan ada muslihat - Che'gu Bard
Kerajaan diminta tidak mempunyai muslihat tertentu dalam kes penahanan seorang Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan atas dakwaan penyelewengan RM92.5 bilion pakej rangsangan ketika pandemik.

Ismail Sabri jawab dakwaan perbelanjaan negara tidak direkod
Ismail Sabri berkata, kesemua perbelanjaan kerajaan yang berkaitan telah direkodkan dalam penyata kewangan kerajaan.

Pakej rangsangan, pembukaan semula sektor ekonomi kurangkan impak besar COVID-19 - PM
Pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan telah mengurangkan impak besar daripada krisis pandemik COVID -19 dan menyokong pemulihan semula pertumbuhan ekonomi.

Prisma: RM54 juta diagih pada pemain industri kreatif - Saifuddin
Kerajaan menyasarkan untuk mengagihkan baki dana tersebut kepada penggiat industri kreatif sebelum hujung tahun ini.

BNM kekalkan OPR bagi beri masa untuk impak pakej rangsangan - Ahli ekonomi
Pada masa ini, Bank Negara Malaysia (BNM) memberi laluan kepada kerajaan untuk memberi keutamaan kepada pakej rangsangan.

PEMULIH: Inisiatif yang mendengar denyut nadi serta suara hati rakyat - Cuepacs
Cuepacs berkata pembentangan pakej bernilai RM150 bilion itu secara jelas menunjukkan tiada pihak yang terpinggir.

Data raya dimanfaat mudahkan agihan pakej rangsangan kepada golongan rentan - Johan Merican
Kementerian Kewangan akan menyerap data daripada agensi-agensi berkaitan yang mengendalikan golongan berpendapatan rendah, kurang upaya dan mereka yang memerlukan.

Penggiat seni kreatif digesa bijak ambil peluang bantuan disediakan kerajaan
Bantuan itu bukan sahaja dapat memastikan kelangsungan pemain industri itu, malah menjamin masa hadapan produk kreatif negara.

Vaksin COVID-19: Kamala Harris mulakan siri jelajah 'Help Is Here'
Ia juga merupakan lawatan domestik Harris yang pertama sebagai Naib Presiden dalam siri jelajah "Help Is Here", manakala Biden dan isteri sudah memulakan kempen sama sejak Isnin.