Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata menyemak asas kebenaran atau prinsip 'fiqh tabayyun' harus diperdanakan dan menjadi bidang ilmu yang perlu dikuasai umat Islam di negara ini.
Beliau juga cukup khuatir jika umat Islam sendiri sudah tidak 'ber-tabayyun' dengan berita, malah menjunjung fitnah sebagai sesuatu yang benar serta wajar dipercayai.
Menurutnya, tamadun dan peradaban Islam terbina dengan sikap umat yang tepat terhadap prinsip ilmu dan takrifan kebenaran.
Justeru, katanya, media sosial tidak boleh menjadi perkakas untuk meranapkan prinsip maqasid al-shariah.
"Fitnah yang bertebaran sehingga mengganggu-gugat lima teras kewaspadaan maqasid al-shariah - agama, akal, harta, nyawa dan keturunan - wajar ditolak sekeras-kerasnya," katanya pada perasmian Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2016 'Fiqh Tabayyun: Mendepani Cabaran dan Fitnah Media Sosial', di sini, malam Isnin.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang turut menyempurnakan majlis perasmian itu bagi pihak perdana menteri.
Hadir sama Penasihat Agama kepada Perdana Menteri merangkap Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Tan Sri Dr Abdullah Md Zin dan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Emeritus Datuk Hassan Said.
Kira-kira 500 tetamu hadir pada majlis anjuran IWM dengan kerjasama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM.
Beliau dalam pada itu berkata selaku ketua negara dan pemimpin utama kerajaan, pihaknya tidak pernah memanipulasi data dan statistik untuk mengelirukan rakyat serta masyarakat umum.
"Saya sentiasa mengingatkan rakan-rakan dalam kabinet bahawa kita mesti mengutamakan kebenaran dan hak. Bukan memanipulasi fakta untuk kepentingan diri dan kumpulan yang kecil.
"Sayangnya, pendekatan sama tidak diguna pakai pihak lain. Mereka beranggapan kebenaran adalah milik eksklusif mereka semata-mata...apabila diberikan hujah balas, mereka menganggapnya sebagai 'propaganda' kerajaan, malah menuduh kita setaraf Joseph Goebbels dan Hitler," katanya, merujuk kepada dua tokoh Nazi Jerman itu.
"Ini pendekatan langgar adab...ini pendekatan politik 'langkah kebenaran'...ini pendekatan politik penting diri dan tamak kuasa," katanya.
Justeru, beliau berkata kerajaan memulangkan segalanya kepada rakyat untuk membuat keputusan dan jika mereka bijaksana untuk meletakkan 'fiqh tabayyun' sebagai disiplin ilmu dalam mengukur kebenaran, majoriti rakyat akan tetap menyokong serta mendokong agenda pembangunan kerajaan.
Jika majoriti rakyat tidak rasional dan tidak bertabayyun, katanya, sudah pasti negara berada dalam keadaan politik yang sukar.
"Berlandaskan fitnah, pembohongan dan hasutan, Malaysia ini sudah bankrap dan muflis entah untuk kali yang ke berapa. Faktanya, pembentangan Bajet 2017 memberi gambaran sebenar bahawa ekonomi Malaysia masih kukuh, utuh dan kuat...yang bankrap dan muflis sebenarnya adalah kelompok kecil yang lahap dan haloba kuasa," katanya.
Perdana menteri juga mengalu-alukan penubuhan Pusat Literasi Media yang turut dilancarkan pada majlis itu yang bertujuan menjadi penggerak dan pendorong kepada pemerkasaan usaha menyebarluaskan disiplin 'fiqh tabayyun'.
"Seboleh mungkin, pusat ini dapat bergerak secara proaktif, mendekati pengamal media, masyarakat awam malah generasi muda Malaysia bagi memberikan mereka kefahaman tentang kepentingan menyaring dan menuras informasi, sekali gus mengutamakan prinsip hak dan kebenaran dalam erti kata sebenar," katanya. - Bernama
Bernama
Mon Oct 24 2016

Perdana Menteri berkata beliau cukup khuatir jika umat Islam sendiri sudah tidak 'ber-tabayyun' dengan berita, malah menjunjung fitnah sebagai sesuatu yang benar serta wajar dipercayai. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Prinsip 'fiqh tabayyun' harus diperdanakan - PM
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata menyemak asas kebenaran atau prinsip 'fiqh tabayyun' harus diperdanakan dan menjadi bidang ilmu yang perlu dikuasai umat Islam di negara ini.