Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3 mendedahkan prestasi kewangan Kolej Universiti Insaniah Sdn Bhd bagi tahun 2012 hingga 2014 tidak memuaskan berdasarkan analisis trend dan nisbah kewangan yang dijalankan.
Menurut laporan itu, bagi 2012 dan 2013 syarikat mencatatkan kerugian selepas cukai masing-masing berjumlah RM1.3 juta dan RM8.85 juta, bagaimanapun pada 2014, syarikat mencatatkan keuntungan selepas cukai berjumlah RM1.06 juta.
"Keuntungan pada 2014 bukan diperoleh daripada keuntungan operasi tetapi merupakan keuntungan daripada pelbagai pendapatan lain sejumlah RM3.32 juta," menurut laporan itu.
Laporan berkenaan menyatakan kedudukan kerugian terkumpul bagi tempoh tiga tahun dari 2012 hingga 2014 masing-masing berjumlah RM4.13 juta, RM12.98 juta dan RM11.58 juta.
Dalam pada itu, semakan audit terhadap Laporan Baki Hutang Pelajar yang dijana oleh Sistem Insaniah Campus Management System (ICMS) sehingga 31 Dis 2013 mendapati sejumlah RM7.25 juta tunggakan yuran pelajar.
Penyumbang tertinggi kepada tunggakan itu adalah pelajar Diploma yang telah tamat belajar berjumlah RM1.55 juta manakala kedua tertinggi ialah pelajar gagal dan berhenti (RM1.3 juta).
Sementara itu, KUIN dalam maklum balas bertarikh 22 Jun 2015 memaklumkan bagi pelajar yang menamatkan pengajian, tindakan akan diambil melalui panel peguam KUIN bagi menuntut semula hutang yang tidak dijelaskan.
Baki yuran tertunggak sehingga 23 Ogos 2015 berjumlah RM13.36 juta, menurut laporan itu.
Audit turut berpendapat pembukaan Kampus Sementara Stargate dan perbelanjaan pengubahsuaian berjumlah RM6.72 juta serta kos pembersihan bangunan kepada keadaan asal berjumlah RM0.81 juta merugikan KUIN.
Ini kerana bangunan tersebut hanya digunakan untuk dua tahun sahaja sebelum berpindah ke kampus sendiri di Kuala Ketil.
Semakan audit turut mendapati pendahuluan dan pinjaman kepada enam syarikat subsidiari berjumlah RM34.14 juta dibuat tanpa kelulusan Lembaga Pengarah KUIN Sdn Bhd.
"Pinjaman tersebut diberi berterusan di antara 2009 hinga 2013 untuk pembayaran gaji bayaran utiliti, bayaran sewa walaupun KUIN menyedari syarikat subsidiari tidak berkemampuan untuk membayar balik pinjaman," menurut laporan itu.
Bagaimanapun KUIN dalam maklum balas pada 22 Jun 2015 memaklumkan telah menghentikan pemberian pendahuluan dan pinjaman kepada syarikat subsidiari mulai Mei 2013 dan berjaya menjimatkan dana sejumlah RM7.19 juta pada 2013 dan RM14.67 juta pada 2014.
Bernama
Mon Nov 23 2015

Semakan audit turut mendapati pendahuluan dan pinjaman kepada enam syarikat subsidiari berjumlah RM34.14 juta dibuat tanpa kelulusan Lembaga Pengarah KUIN Sdn Bhd. - Gambar Fail

Ringgit dibuka tinggi, pelabur memantau perkembangan tarif AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini dengan percubaan selanjutnya dijangka melepasi di bawah paras RM4.40.
AWANI Pagi: Resolusi Esg, Iltizam Anak Muda
Diskusi pagi Selasa bersama Muhammad Zaki bin Anuar Sarjana Muda Sains Akuakultur, Universiti Malaysia Terengganu(UMT) yang juga Pengarah ESG 2024 dan Nur Auni Afiqah Mohd Johari, mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta Ikon ESG membincangkan mengenai resolusi ESG dan apa manfaat serta perubahan dibawa selepas sidang itu.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
AWANI Ringkas 25 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Februari 2025
1️⃣ Usaha kuasai AI, teknologi digital
2️⃣ Tumpuan sidang Dewan Rakyat
3️⃣ Perang Ukraine-Rusia makin hampiri penamat
#awaniringkas
1️⃣ Usaha kuasai AI, teknologi digital
2️⃣ Tumpuan sidang Dewan Rakyat
3️⃣ Perang Ukraine-Rusia makin hampiri penamat
#awaniringkas

SPRM tahan penolong jurutera universiti awam disyaki salah guna kuasa sebabkan kerugian setengah juta ringgit
Seorang penolong jurutera universiti awam ditahan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan melupuskan sisa binaan bagi sebuah projek menaik taraf.
Tengku Zafrul komited galas tugas hingga akhir penggal Senator
Saya tetap komited untuk memastikan KPI (petunjuk prestasi utama) yang telah ditetapkan tercapai, menangani cabaran semasa, dan bekerjasama sebagai satu pasukan dalam Kabinet. Kami baru sahaja menghadiri sesi pemukiman Kabinet, dan semua pihak bersemangat untuk menggerakkan agenda pembangunan negara, dengan sokongan penuh daripada penjawat awam.
MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, bagaimanapun berkata jika terdapat tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) atau sebarang langkah baharu daripada negara lain, ia akan memberi impak dan Malaysia tidak boleh menafikan hakikat itu.
AWANI Ringkas: Usaha kuasai AI, teknologi digital
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

BKK 2025: Bukti penghargaan kerajaan kepada penjawat awam, pesara dan veteran
Bantuan Khas Kewangan 2025 yang disalur mulai hari ini bantu penjawat awam terutama yang beragama Islam buat persiapan sambut Ramadan minggu ini.

Kerjasama Menzies-MMAG perkukuh sektor penerbangan Malaysia - Anthone Loke
Menzies Aviation menerima Lesen Pengendalian Darat daripada MAVCOM berkuat kuasa 1 Nov 2024 yang membolehkan syarikat itu memulakan operasi di Malaysia

Pentadbiran Trump saran kakitangan kerajaan abai arahan Elon Musk
Kakitangan kerajaan boleh sahaja mengabaikan e-mel Elon Musk yang mengarahkan mereka memberi justifikasi terhadap pekerjaan masing-masing.

1MDB: Najib ada hak diberi taklimat mengenai laporan audit - Saksi
Najib dikatakan berhak untuk diberi taklimat mengenai sebarang cadangan atau pembetulan serta keadaan kewangan sebenar syarikat 1MDB.

Laporan jawatankuasa diketuai Ambrin sudah diubah status - Pengerusi PAC
Menurut Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, keputusan memuat naik laporan itu dibuat selepas statusnya diubah dan tidak lagi dianggap rahsia.

Ambrin sepatutnya putuskan maklumat diperlukan dalam laporan audit 1MDB - Saksi
Ia masih menjadi prerogatif Ambrin ketika itu untuk memutuskan sama ada menerima atau tidak cadangan yang dibuat oleh pihak yang diaudit.

Sultan Selangor berharap penjawat awam mempunyai integriti tinggi
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap penjawat awam khususnya di Selangor mempunyai integriti yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Siasatan pinda laporan audit 1MDB dijangka siap sebelum akhir tahun
SPRM menjangkakan kertas siasatan laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini untuk diserahkan kepada Peguam Negara.

Saya bukan Ketua Pesuruhjaya SPRM sewaktu pindaan laporan 1MDB dibuat - Dzulkifli
Tan Sri Dzulkifli menafikan pindaan laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1MDB berlaku ketika dia memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Ambrin sambung beri keterangan berkaitan laporan audit 1MDB
Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Najib, Ali Hamsa akan dipanggil isu pinda laporan 1MDB
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan antara beberapa individu yang akan dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Dua jam dalam kamar, Ambrin sambung inkuiri PAC
Prosiding itu diijangka hangat apabila majoriti anggota PAC berlatar belakang peguam.

PAC panggil Ambrin Buang, Madinah isu dakwaan 'ubah' laporan 1MDB
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Tan Sri Ambrin Buang, Tan Sri Dr Madinah Mohamad dan Saadatul Nafisah minggu ini.