Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad menafikan pindaan laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berlaku ketika beliau memegang jawatan nombor satu badan tersebut.
Sebaliknya ketika mesyuarat berhubung arahan pindaan itu dibuat pada Februari 2016, beliau ketika itu merupakan pegawai undang-undang yang bertugas di Jabatan Peguam Negara.
“Saya nak betulkan beberapa isu seolah pada ketika itu (laporan) pada Februari 2016 saya memainkan peranan sebagai Ketua Pesuruhjaya.
“Saya belum dilantik Ketua Pesuruhjaya. Keterlibatan saya dalam satu mesyuarat yang dijemput dan saya diarah mewakili Jabatan Peguam Negara.
“Itu yang disebut Tan Sri Madinah Mohamad dalam satu mesyuarat dihadiri Jabatan Peguam Negara itulah saya bukanlah kapasti sebagai Ketua Pesuruhjaya ketika itu,” katanya kepada media di hadapan ibu pejabat SPRM Putrajaya hari ini.
Sebelum ini beliau pada jam 10.25 pagi tadi tiba di SPRM bagi membantu siasatan berhubung pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad.
Madinah sebelum ini mendakwa laporan akhir Jabatan Audit Negara mengenai 1MDB telah dipinda.
Katanya bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri yang membuat arahan itu dalam mesyuarat bertarikh 22 Februari 2016,.
Mesyuarat tersebut dikatakan dihadiri bekas Ketua Setiausaha Negara Dr Ali Hamsa, bekas Ketua Setiausaha Sulit perdana menteri, Shukry Salleh dan bekas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang.
Beliau selesai memberi keterangan pada jam 3.30 petang tadi.
Pada masa sama Dzuklifli menegaskan beliau bukan saksi pertama dipanggil SPRM.
“Saya bukan saksi pertama, saya saksi terakhir sebelum ini SPRM sudah panggil lebih 15 saksi.”
Beliau juga mendakwa tidak diminta untuk hadir ke SPRM kali kedua untuk memberi keterangan.
Diyana Ibrahim
Wed Dec 05 2018

Dzulkifli selesai memberi keterangan pada jam 3.30 petang tadi. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.