KUALA LUMPUR: Presiden Mesir Abdel Fattah Al Sisi mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Beliau berharap dapat memperdalam hubungan dua hala antara Mesir dan Malaysia.
"Kedua-dua negara kita telah menyaksikan peluang kerjasama dalam pelbagai peringkat merangkumi politik dan ekonomi.
"Saya berhasrat menyaksikan lebih banyak kerjasama di masa akan datang untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala Mesir dan Malaysia dan di forum antarabangsa yang dianggotai kedua-dua negara," kata beliau dalam perutusan tahniah yang disampaikan menerusi Kedutaan Mesir di sini.
Al Sisi turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Anwar dan semoga berjaya dalam melaksanakan tanggungjawab baharu, terutamanya ketika dunia sedang mendepani pelbagai cabaran getir.
Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November.
Dalam perutusan sama, Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry turut mengucapkan tahniah kepada Senator Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir atas pelantikan beliau sebagai Menteri Luar.
Beliau berharap dapat menyaksikan lebih banyak kerjasama dan penyelarasan di peringkat dua hala dan dalam pelbagai forum antarabangsa untuk manfaat bersama.
Zambry adalah antara 25 menteri kabinet baharu yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2022
Abdel Fattah Al Sisi berharap dapat memperdalam hubungan dua hala antara Mesir dan Malaysia. - AP
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Presiden Mesir bertemu Pengarah CIA, PM Qatar bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Selain gencatan senjata, pertemuan turut menyentuh usaha melidungi orang awam dan pertukaran tawanan.
PM ucap tahniah kepada Abdel-Fattah al-Sisi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Abdel-Fattah al-Sisi kerana memenangi pilihan raya presiden Mesir 2024 pada Isnin.
Abdel-Fattah al-Sisi menang pilihan raya Presiden Mesir dengan majoriti besar
Abdel-Fattah al-Sisi memenangi pilihan raya presiden 2024 dengan meraih kira-kira 40 juta atau 89.6 peratus undi.
Presiden Mesir zahir ucapan takziah kepada mangsa banjir di Malaysia
Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan mangsa banjir di Malaysia baru-baru ini.
Bekas presiden Mesir Hosni Mubarak meninggal dunia
Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak meninggal dunia di sebuah hospital di Kaherah pada usia 91.
Mohamed Morsi dipenjara 20 tahun
Bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi didakwa terlibat dalam penangkapan dan penyiksaan terhadap penunjuk perasaan semasa pemerintahannya.
Pihak berkuasa Mesir didakwa keluarkan sijil kematian palsu mangsa keganasan
Pihak berkuasa Mesir didakwa mengeluarkan sijil kematian palsu bagi menutup punca sebenar kematian.