Semua pelesen, pekerja, pengunjung, pembeli dan pembekal yang ingin memasuki pasar raya, kedai runcit, restoran dan pasar dikehendaki mematuhi jarak sosial satu meter sehingga 31 Mac ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata pemilk, pekedai, persatuan atau peniaga bertanggungjawab mengawal bilangan pengunjung dalam kawasan itu dalam satu-satu masa agar wujud jarak sosial satu meter.
Dalam arahan pematuhan yang dikeluarkan pada Selasa, beliau berkata semua pelesen, pekerja, pengunjung, pembeli dan pembekal digalakkan memakai penutup mulut dan hidung serta menyedia dan menggunakan cecair pembasmi kuman.
"Sehubungan itu, notis Arahan Pematuhan Bil 1/2020 bertarikh 22 Mac yang mewajibkan pihak yang terlibat untuk memakai penutup mulut dan hidung adalah dibatalkan.
"Tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 akan diambil terhadap pasar raya, kedai runcit, restoran dan pasar awam atau swasta yang gagal mematuhi arahan ini," katanya.- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 24 2020
Semua peniaga dan pelanggan di premis perniagaan di Kuala Lumpur perlu mematuhi jarak sosial satu meter. Gambar hiasan, Reuters.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Ahmad Zahid mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
Tanah jerlus: KL tempat paling tak selamat? Datuk Bandar beri penjelasan
Dakwaan bahawa Kuala Lumpur adalah lokasi tidak selamat dan berpotensi berlaku -giant sinkhole- seperti yang tular di media sosial adalah tidak benar.
Naik taraf pusat penjaja, persekitaran lebih lestari antara aspirasi Maimunah
Menaik taraf tahap dan kualiti pusat perniagaan dan penjaja buat warga kota, menjadi antara aspirasi Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Pemerkasaan komuniti, kebersihan setempat, amalan ‘zero waste’ antara fokus Datuk Bandar KL
Proses memperkasakan komuniti memerlukan kerjasama daripada semua pihak dan pendekatan top-down dan bottom-up.
DBKL peruntuk RM2.66 bilion untuk Belanjawan 2024
DBKL memperuntukkan sebanyak RM2.66 bilion bagi Belanjawan 2024 untuk pelaksanaan pelbagai inisiatif demi kesejahteraan dan kemakmuran warga kota.
DBKL adakan 6 sesi libat urus bagi pindaan draf PSKL2040
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan enam sesi libat urus pindaan draf Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL2040) bersama orang awam dan pihak berkepentingan.
Jadi Datuk Bandar Kuala Lumpur tugas paling mencabar - Mahadi
Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah menyifatkan tugas paling mencabar sepanjang 40 tahun kerjayanya dengan DBKL ialah apabila memikul amanah sebagai Datuk Bandar.
DBKL lancar sistem e-Penilaian dan Hartanah
Permohonan pertukaran nama pemilik atau alamat surat-menyurat bagi hartanah di ibu negara boleh dibuat secara dalam talian sepenuhnya melalui sistem e-Penilaian dan Hartanah DBKL mulai 1 April ini.
210,000 mengunjungi Bazar Aidilfitri Lorong TAR sejak 9 April lepas
Jumlah pengunjung harian tertinggi direkodkan pula adalah pada 17 April (Ahad) lepas iaitu seramai 21,600 orang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.