Kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk tidak membenarkan premis gunting rambut dibuka atau beroperasi di negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang yang dipengerusikannya hari ini.
"Bagi sektor perkhidmatan gunting rambut asas yang turut diumumkan (oleh kerajaan pusat semalam), kerajaan negeri memandang serius berhubung peratusan lebih daripada 95 peratus maklum balas awam yang menyatakan kebimbangan mereka.
"Malah mesyuarat turut mengambil kira persoalan seperti faktor jarakan sosial dan kemungkinan menyebabkan wujudnya kluster baharu," katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook peribadinya, di sini hari ini.
Justeru, beliau berkata mesyuarat JKKN memutuskan bahawa kerajaan Pulau Pinang berhak untuk tidak mengikut keputusan kerajaan pusat sekiranya ia masih dilaksanakan dan berharap kerajaan mengkaji semula perkara itu demi keselamatan semua pihak.
BACA: PKP: Kedai gunting rambut, dobi antara 9 sektor yang dibenar beroperasi
BACA: PKP 3: KKM saran kerajaan tangguh sementara operasi kedai gunting rambut
Semalam, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan beberapa sektor tambahan beroperasi antaranya industri automotif, projek pembinaan serta perkhidmatan terpilih termasuk perkhidmatan gunting rambut asas untuk beroperasi secara berperingkat semasa PKP yang dilanjutkan sehingga 28 April depan.
Sementara itu, Chow berkata kerajaan negeri akan melanjutkan tempoh operasi bagi perkhidmatan penjualan kedai input pertanian (baja/racun), perkakasan, penjualan makanan haiwan dan ubatan sehingga 5 petang mulai 13 April ini.
"Tempoh operasi akan dilanjutkan kepada 5 petang iaitu bermula dari 8 pagi hingga 5 petang berbanding ketika ini dari 8 pagi hingga 2 petang. Hari pengoperasian masih dikekalkan iaitu dua kali seminggu pada hari Isnin dan Khamis," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan rakyat negeri ini agar berhati-hati ketika membuat pembelian penutup hidung dan mulut secara dalam talian (online).
Katanya perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan 60 kertas siasatan penipuan perniagaan penutup hidung dan mulut secara dalam talian direkodkan dalam tempoh 30 Jan hingga 9 April lalu di lima daerah di negeri ini membabitkan kerugian RM466,496.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 11 2020

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang yang dipengerusikannya hari ini. - Gambar fail/BERNAMA

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Pulau Pinang lulus jajaran baharu NCPR libat kos RM2.43 bilion - Chow
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan jajaran baharu Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara (NCPR) dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang dengan kos pelaksanaan dianggar berjumlah RM2.43 bilion bagi mengurangk

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

China sedia kolaborasi dengan Malaysia promosi kerjasama Asia Timur dan integrasi ekonomi serantau
China juga sedia bekerjasama dengan Malaysia bagi mengekalkan trend pembangunan kerjasama serantau.

Pulau Pinang tidak naikkan fi hotel - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini menafikan laporan media tempatan yang mendakwa fi hotel di negeri berkenaan akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada tahun ini.

Anwar nafi beri tumpuan kepada Pulau Pinang kerana anak jati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tumpuan yang lebih kepada Pulau Pinang kerana merupakan anak jati Pulau Mutiara itu.

LRT: Kerajaan beri perhatian serius kebimbangan penduduk Pulau Pinang - Anwar
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong.

Pulau Pinang berjaya tarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 yang dijangka mewujudkan lebih 6,600 peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, perkhidmatan termaju

Tanah tapak stesen LRT bukan untuk bina rumah - Chow
Kawasan tanah terbabit adalah tapak untuk pembinaan sebuah sekolah, namun pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Chow sahkan Jagdeep dilucutkan daripada lembaga PBAHB
Jagdeep gagal memenuhi kehadiran minimum dalam mesyuarat lembaga pengarah sepanjang tahun kewangan syarikat berkenaan.