KUALA LUMPUR: Sebuah premis pemborong minyak masak di Bandar Tun Razak di sini diserbu selepas disyaki menyeleweng minyak masak dianggarkan berjumlah 1.6 juta kilogram sejak April lepas.
Ketua pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal (KPDNHEP) Kuala Lumpur Nurul Syarina Md Anuar berkata serbuan dilakukan pada 12 tengah hari semalam menerusi Operasi Penyelewengan Bekalan Minyak Masak susulan laporan dan maklumat yang diterima berhubung kegiatan itu.
Beliau berkata premis berlesen itu beroperasi sejak Mac lepas dengan mendapatkan sumber bekalan minyak masak dari pengilang dan pembungkus di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pahang serta dipercayai dijual kepada sebuah syarikat tidak berlesen di Johor Bahru, Johor.
"Jumlah bekalan yang dibekalkan kepada syarikat tidak berlesen berkenaan sejak April lepas sehingga sekarang dianggarkan sebanyak 1.6 juta kilogram melibatkan nilai subsidi RM960,000," katanya dalam sidang media di Stor Eksibit KPDNHEP KL di sini hari ini.
Beliau berkata pemilik premis terbabit yang juga seorang warga tempatan berusia 40 tahun telah diambil keterangan manakala beberapa dokumen disita untuk siasatan lanjut.
Nurul Syarina berkata bekalan minyak masak bersubsidi berkenaan juga dipercayai dieksport ke luar negara dan kegiatan itu menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan di pasaran tempatan.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Peraturan 9(2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana membekalkan barang kawalan iaitu minyak masak kepada pihak yang tidak berlesen.
Beliau berkata pihaknya sentiasa memantau dan menjalankan pemeriksaan ke atas semua rangkaian pengedaran minyak masak bagi memastikan bahan itu sentiasa ada di pasaran dan tidak diseleweng pihak tidak bertangggungjawab.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 25 2021
Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Nurul Syarina Md Anuar (kanan) menunjukkan barangan rampasan hari ini. - Foto BERNAMA
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi Malaysia pada Januari-April
Lebih 390,000 pelawat dari Brunei lawat Malaysia bagi tempoh Januari hingga April 2024, menjadikan Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi negara ini.
Oil and Gas Asia 2024 jangka tarik 500 pempamer dari 100 negara
OGA 2024 akan menjadi edisi ke-20, ia bermula pada tahun 1987 sebagai pertunjukan dwitahunan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Subsidi negara dijangka cecah RM81 bilion tahun ini - PM Anwar
Subsidi dikeluarkan kerajaan untuk rakyat di seluruh negara termasuk elektrik, minyak dan makanan dijangka mencecah RM81 bilion tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petronas akan tambah pengeluaran harian kepada 2.7 juta Boe
Prospek industri tenaga juga dilihat sebagai mencabar bagi tempoh berbaki tahun ini.
APMM tahan dua kapal pindah minyak secara haram
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menahan dua kapal bekalan luar pesisir selepas dipercayai melakukan operasi pemindahan minyak dari kapal ke kapal (STS) secara haram.
Menteri OPEC Plus adakan pertemuan bersemuka pertama sejak 2020
Pertemuan bersemuka peringkat menteri OPEC itu adalah yang pertama diadakan sejak Mac 2020 berikutan sekatan COVID-19.
"Harga minyak tak turun? Saya tidak menjadi Perdana Menteri nak buat macam mana?"- Anwar
Anwar jawab sindiran pihak-pihak tertentu yang mempertikai janji-janji yang diberikannya jika PKR menang pada PRU akan datang.
AS mungkin tetapkan harga siling minyak yang 'untungkan' Rusia
Janet Yellen berkata demikian susulan laporan mengenai Rusia mungkin menghentikan pengeluaran minyak akibat penetapan harga siling.
Sri Lanka hadapi cabaran bayar penghantaran minyak
Negara yang mempunyai 22 juta penduduk itu tidak mampu membayar import penting barangan makanan, baja, ubat-ubatan dan bahan api.