KUALA LUMPUR: Perbadanan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) hari ini menyerahkan sumbangan dan bantuan banjir ke Kelantan dan Terengganu berjumlah hampir RM900,000 bagi membantu mangsa yang terkesan dengan bencana itu pada penghujung tahun lepas.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata sumbangan bantuan berkenaan melibatkan 800 set kelengkapan membersih iaitu water jet, penolak air, mop, paip getah, penyapu plastik, baldi, cangkul, kasut getah dan sarung tangan.
Turut dihantar 1,000 set keperluan bantuan banjir melibatkan starter kit food, kit banjir, telekung, kain pelikat, tilam bersaiz Queen, set beg sekolah dan ready-to-eat food pack.
"Saya kira ini satu usaha amat baik dan harap ketika musibah di tempat lain kita sebagai agensi yang ada keupayaan dapat kiranya membantu dalam bentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR)," katanya ketika mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan konvoi berkenaan.
Turut hadir pada majlis ringkas yang berlangsung di pekarangan Pusat Dagangan Dunia (WTC) itu ialah Pengerusi Perbadanan PR1MA Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.
Ahmad Maslan berkata walaupun banjir di kedua-dua negeri berkenaan sudah surut, kesan yang dirasai penduduk terutama dari aspek pembersihan rumah dan kerosakan barangan asas masih ada.
Sehubungan itu, beliau menyeru penglibatan lebih banyak agensi, jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memberi bantuan kepada rakyat ditimpa musibah tidak kira di mana mereka berada.
Menurut maklumat dikongsi PR1MA, sumbangan barangan tersebut akan disalurkan menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meluluskan peruntukan segera bantuan banjir berjumlah RM100 juta kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing berjumlah RM50 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan (tiga, kanan) melepaskan Konvoi Sumbangan Bantuan Banjir ke Kelantan dan Terengganu di pekarangan Pusat Dagangan Dunia hari ini. -Bernama

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.

PR1MA rancang perkenal rumah pintar, mesra alam
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) merancang memberikan nilai tambah dalam pembangunan projek perumahan mampu milik menerusi pengenalan rumah pintar dan berkonsepkan mesra alam.

KPKT laksana pelbagai inisiatif galakkan perbandaran mampan - Nga
Kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil pendekatan dengan melaksanakan beberapa inisiatif sebagai usaha utama bagi menggalakkan perbandaran mampan.

Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun
Pembinaan hasil kerjasama agensi perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta pemaju swasta.

KPKT umum pembinaan PPR Bestari Jaya, selesai masalah perumahan lima ladang di Selangor sejak 1998
KPKT mengumumkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bestari Jaya bagi menyelesaikan isu perumahan yang dihadapi 245 keluarga peneroka.

Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022
PR1MA pula dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.

Bandar PR1MA pertama dilancarkan tahun ini - Nga
Bandar Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) pertama di negara ini yang dibina di Teluk Intan, bakal dilancarkan tahun ini.

COP28: Urbanice Malaysia, PR1MA Corporation Malaysia jalin kerjasama dengan UN-Habitat, Masdar City
Kolaborasi itu melibatkan Urbanice Malaysia dan UN-Habitat serta PR1MA Corporation Malaysia dan Masdar City, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pelancaran Bomba Komuniti PR1MA untuk beri latihan asas kepada penduduk - Kor Ming
Program Bomba Komuniti PR1MA dilancar bertujuan memberi latihan kebombaan asas kepada penduduk, bagi mempersiapkan diri sekiranya berlaku kecemasan di residensi mereka.

KPKT peruntuk RM308 juta untuk tiga PPR baharu di Perak - Nga
KPKT memperuntukkan RM308 juta bagi pembangunan tiga projek PPR baharu di Perak membabitkan 1,200 unit kediaman di tiga kawasan Parlimen.

'Ada orang menyamar jadi ejen PR1MA' - MP Alor Setar
Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan penyamaran ejen itu merupakan satu perbuatan jenayah.