KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden memberitahu Dewan Rakyat bahawa wujud pihak tertentu yang menyamar sebagai ejen menjual rumah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sehingga mengakibatkan kerugian belasan ribu ringgit.
Mengambil contoh kes penjualan di PR1MA Simpang Empat, Alor Setar, beliau berkata modus operandi mereka adalah dengan menggunakan logo, kepala surat, serta surat tawaran daripada bank.
"Dimaklumkan ada hampir 100 orang pembeli tertipu dan telah membayar duit belasan ribu ringgit setiap seorang.
"Adakah kementerian sedar perkara ini berlaku dan apa tindakan mengatasi kes ini?," katanya ketika mengajukan soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan penyamaran pihak itu merupakan satu perbuatan jenayah.
Tambah beliau, terdapat juga pihak yang mengelirukan perkara seperti itu melalui pengiklanan di laman sosial seperti Facebook.
"Saya sendiri pun ada terlihat. Perkara ini sekiranya berlaku, memang perlu dikemukakan kepada pihak polis. Sebab itu telah jatuh ke masalah jenayah.
"Cuma untuk peringatan kepada para pembeli di luar sana yang mungkin berminat untuk projek PR1MA, saya nasihatkan kepada bakal pembeli agar semak terus sama ada di laman web PR1MA dan jangan percaya kepada pihak ketiga yang diletakkan di Facebook, Twitter dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, Akmal menambah sebanyak 54 daripada 86 projek PR1MA di seluruh negara telah siap dibina, dengan 22 projek sedang dalam peringkat pembinaan manakala 10 projek lagi di peringkat perancangan.
"Sebanyak 22 projek masih dalam peringkat pembinaan dan belum memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC);
"Sebanyak dua projek telah siap dibina dan telah menerima CCC, namun masih dalam proses pemeriksaan dan pembaikan kecacatan bangunan sebelum unit kediaman dapat diserahkan kepada pembeli.
"Sementara, empat projek kini dalam proses penyerahan kunci yang dibuat secara berperingkat bermula pada 13 Jun," ujarnya.
Hasimi Muhamad
Wed Jun 14 2023

Afnan berkata modus operandi pihak terbabit adalah dengan menggunakan logo, kepala surat, serta surat tawaran daripada bank - Foto fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.