JOHOR BAHRU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada) yang dilaporkan sesak pada Khamis kembali terkawal.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesesakan yang berlaku semalam berpunca daripada peningkatan pemberian vaksinasi daripada 6,000 dos kepada 8,000 dos sehari.
Beliau berkata, faktor lain yang turut menyumbang pada kesesakan itu juga disebabkan terdapat penerima yang datang tidak mengikut masa yang ditetapkan.
Tidak ketinggalan, kata Ayob Khan, faktor cuaca berikutan hujan menyebabkan orang ramai berkumpul beramai-ramai di dalam khemah.
"Ketidakselarasan bagi penerima vaksin untuk menurunkan dan mengambil penumpang bagi tujuan vaksinasi juga menjadi salah satu punca kesesakan tersebut.
"Penyelarasan telah dibuat dan keadaan pada hari ini dalam keadaan yang terkawal dan memuaskan," kata beliau selepas mengadakan pemantauan di PPV Persada, di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu pula menasihatkan penerima vaksin hadir mengikut ketetapan yang diberikan.
"Yang penting mereka kena ikut masa temu janji," katanya ketika dihubungi
Dalam pada itu, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad memaklumkan, beliau telah meminta agensi berkaitan untuk menambah kaunter pendaftaran dan laluan khas bagi golongan warga emas di PPV terbabit.
"Polis Diraja Malaysia akan mengawal aliran trafik dengan lebih teratur manakala aplikasi MySejahtera perlu menjadualkan waktu suntikan dengan lebih efektif. Perkara ini tidak akan berlaku lagi," katanya dalam hantaran di akaun Twitternya.
Hasni berkata demikian sebagai menjawab keluhan masyarakat berhubung kejadian semalam yang mana orang awam berkumpul beramai-ramai di PPV terbabit untuk mendapatkan suntikan.
Bahkan, sekumpulan warga emas juga dikesan turut sama beratur selain sejumlah penerima lain pula terpaksa bersesakan di dalam khemah yang sama untuk berteduh daripada hujan.
Siti Nur Aqilla Omar
Fri Aug 13 2021
![PPV Persada terkawal, tidak lagi sesak seperti semalam PPV Persada terkawal, tidak lagi sesak seperti semalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628847921_TBJBPOLIS.jpg)
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (tengah) mengadakan pemantauan di Pusat Pemberian Vaksin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![COVID-19: KKM teliti trend tempahan slot vaksinasi di PPV COVID-19: KKM teliti trend tempahan slot vaksinasi di PPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703238577_TBDZULKEFLYAHMAD.jpg)
COVID-19: KKM teliti trend tempahan slot vaksinasi di PPV
KKM sedang meneliti trend tempahan janji temu slot vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan akan meningkatkan jumlah slot di pusat yang mempunyai permintaan vaksinasi tinggi.
![COVID-19: 234 PPV tersedia di Klinik Kesihatan seluruh negara COVID-19: 234 PPV tersedia di Klinik Kesihatan seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702568939_TBDrDzuljpg.jpg)
COVID-19: 234 PPV tersedia di Klinik Kesihatan seluruh negara
Sebanyak 234 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disediakan di Klinik Kesihatan di seluruh negara sehingga kini.
![Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647083709_TBUGGAHPICKIDS.jpg)
Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah
Sambutan ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak masih rendah di Sabah meskipun sebanyak 255 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah pun dibuka di negeri itu.
![Keputusan tutup PPV Mega memandangkan kos sewa tinggi - Khairy Keputusan tutup PPV Mega memandangkan kos sewa tinggi - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61646063636_MenteriKesihatanKh.jpg)
Keputusan tutup PPV Mega memandangkan kos sewa tinggi - Khairy
Keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menutup semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega mulai 16 Mac ini memandangkan penyewaan lokasi pusat itu membabitkan kos yang tinggi.
![Vaksin COVID-19: Tambah PPV Walk-In, percepat vaksinasi kanak-kanak - Khairy Vaksin COVID-19: Tambah PPV Walk-In, percepat vaksinasi kanak-kanak - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644981364_kanakkanak.jpg)
Vaksin COVID-19: Tambah PPV Walk-In, percepat vaksinasi kanak-kanak - Khairy
Ia seiring usaha mempergiatkan vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).
![Hanya 14 peratus penduduk Sabah ambil dos penggalak - Masidi Hanya 14 peratus penduduk Sabah ambil dos penggalak - Masidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645030656_TBmasidimanjun.jpg)
Hanya 14 peratus penduduk Sabah ambil dos penggalak - Masidi
Masidi mengajak orang ramai agar segera mendapatkan dos penggalak di klinik-klinik kesihatan terdekat dan di pusat-pusat pemberian vaksin dos penggalak.
![MySejahtera buka helpdesk di PPV WTCKL, IDCC MySejahtera buka helpdesk di PPV WTCKL, IDCC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645099783_MenteriKesihatanKh.jpg)
MySejahtera buka helpdesk di PPV WTCKL, IDCC
Sebuah helpdesk secara fizikal akan dibuka di beberapa lokasi sebagai penyelesai kepada masalah yang berbangkit termasuk sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera.
![Adu di MySejahtera, rujuk PPV jika ada masalah teknikal dos penggalak Adu di MySejahtera, rujuk PPV jika ada masalah teknikal dos penggalak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644284480_dospenggalaksaraw.jpg)
Adu di MySejahtera, rujuk PPV jika ada masalah teknikal dos penggalak
Individu yang mempunyai masalah teknikal berkaitan rekod vaksinasi dos penggalak COVID-19 di aplikasi MySejahtera perlu membuat aduan melalui aplikasi itu atau mengunjungi semula lokasi PPV mereka.
![Langkah jadikan sekolah sebagai PPV bantu percepat vaksinasi kanak-kanak - Exco Langkah jadikan sekolah sebagai PPV bantu percepat vaksinasi kanak-kanak - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644028232_PICKids.jpg)
Langkah jadikan sekolah sebagai PPV bantu percepat vaksinasi kanak-kanak - Exco
Langkah kerajaan menjadikan sekolah sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) mampu mempercepat proses vaksinasi murid.
![Empat PPV Integrasi dibuka untuk vaksinasi dos penggalak secara jumpa terus mulai esok Empat PPV Integrasi dibuka untuk vaksinasi dos penggalak secara jumpa terus mulai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642241909_TBppv.jpg)
Empat PPV Integrasi dibuka untuk vaksinasi dos penggalak secara jumpa terus mulai esok
Empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang akan menawarkan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak secara jumpa terus kepada penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula esok.