PUTRAJAYA: Negeri yang beransur pulih daripada Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ke Fasa Dua tidak akan 'berpatah balik' ke Fasa Satu, kata Menteri Penyelaras PPN Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata adalah tidak mampan bagi negara untuk 'buka dan tutup' sesebuah negeri dan PPN merupakan pelan perancangan khusus bagi membolehkan rakyat kembali kepada kehidupan normal.
"Sekiranya angka jangkitan COVID-19 di negeri yang telah beralih fasa adalah tinggi, hanya lokasi atau kawasan tertentu akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan bukannya seluruh negeri.
"Kalau kita beransur pulih dari Fasa Satu PPN ke Fasa Dua sebagai contoh, kita tak boleh balik ke Fasa Satu dan kembali ke Fasa Dua. Sebaik sahaja beralih ke Fasa Dua, kalau ada kes (COVID-19) di kawasan atau lokasi tertentu, ia akan ditutup atau (dikenakan) PKPD, bukan lagi seluruh negeri," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Kiosk D'Harmoni@9 dan Medan Selera Presint 9, di sini, hari ini.
Lapan negeri telah beralih ke Fasa Dua PPN setakat ini iaitu Perlis, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Tengku Zafrul berkata negeri-negeri lain juga bakal menuruti langkah untuk beralih ke Fasa Dua dan seterusnya ke Fasa Tiga.
Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) di kawasan PKPD perlu dipertingkatkan kerana terdapat juga kilang dalam kategori 'essential' yang dibuka.
"Contohnya, ujian saringan COVID-19 perlu dibuat sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Yang penting, kita kena kurangkan kes di kawasan PKPD yang menyumbang kepada jumlah keseluruhan kes COVID-19 dalam negara," katanya.
Sementara itu Tengku Zafrul berkata beliau mengadakan sesi libat urus berkenaan PPN dengan beberapa parti politik dan pihak berkepentingan pada minggu ini dan akan meneruskan sesi berkenaan dalam masa terdekat.
Katanya sesi libat urus berkenaan amat produktif dan pelbagai input diterima khususnya berkaitan aspek kesihatan dan bantuan untuk mereka yang terjejas di kawasan PKPD.
Menurutnya, perbincangan mengenai PPN telah diadakan dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), UMNO, Pas, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan seterusnya dengan Parti Amanah Negara (Amanah), PKR, DAP, Bersatu, MCA dan MIC.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 14 2021
Tengku Zafrul berkata, adalah tidak mampan bagi negara untuk 'buka dan tutup' sesebuah negeri. - Gambar fail
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
"Anda berhak menerimanya," titah Agong kepada pengawal keselamatan tular
Yogeswary, 44, yang tular di media sosial adalah antara 298 penerima pada istiadat yang diadakan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN - Polis
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 75 lelaki dan 75 wanita warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun.
72 pengunjung, tiga pemilik pusat hiburan dikompaun
Kesemua pemilik premis dan pengunjung itu telah dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.
154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis
Seramai 154 individu dikompaun berjumlah RM155,000 kerana gagal mematuhi SOP ketika berhibur di sebuah premis hiburan di Bangsar, pada Jumaat.
78 pengunjung pusat hiburan dikompaun langgar SOP
Pemeriksaan ujian air kencing ke atas pengunjung mendapati dua daripadanya positif dadah.
Polis PJ guna dron pantau pematuhan SOP PPN Fasa 4
Operasi dilancarkan secara bersepadu dengan menubuhkan empat pasukan disertai bersama pelbagai agensi penguatkuasaan lain.
Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA terima 134 kertas cadangan
Geran penyelidikan MASA menerima sejumlah 134 kertas cadangan daripada 21 institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta badan bukan kerajaan.
PPN 2.0: Kaji terlebih dahulu pencapaian PPN sedia ada - Pakar
Apa yang lebih penting kini adalah memastikan semua pelan di bawah PPN yang sedia ada diperkukuhkan dan mencapai objektif, sebelum pelan baharu dirangka.
Penganjur pertandingan tarian singa dikompaun
Video tular yang memaparkan orang ramai berkumpul menyaksikan persembahan tarian singa sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Pengurusan kuil dikompaun langgar SOP
Siasatan dijalankan mendapati pihak pengurusan kuil telah gagal mematuhi SOP PPN Fasa 4 iaitu tiada penjarakan fizikal.