KUALA LUMPUR: Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersifat dinamik dan akan sentiasa ditambah baik berdasarkan situasi dan keperluan semasa, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau yang juga merupakan Menteri Penyelaras PPN berkata kerajaan bersedia malahan turut memberi komitmen untuk melibatkan pakar dalam menilai perjalanan pelan berkenaan seperti mana yang diputuskan dalam mesyuarat pertama jawatankuasa Khas Kabinet mengenai PPN (JKKPPN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat.
"Kita kena sentiasa agile (tangkas) dan bersedia untuk ubah perancangan yang dinamik dari segi pelan kita ini. Kita juga telah bersetuju dan akan melantik dan mendengar nasihat pakar dalam bidang masing-masing selain membuat kajian diperlukan dengan libat urus semua pihak berkepentingan.
"Yang pentingnya kita akan tambah baik strategi sedia ada berdasarkan situasi semasa," katanya selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin Universiti Malaya, di sini, hari ini.
Tengku Zafrul berkata PPN bukan sekadar melibatkan pakej rangsangan sebaliknya ia mempunyai enam prinsip utama yang akan membantu ekonomi negara pulih seperti sedia kala.
BACA: Tengku Zafrul dilantik sebagai Menteri Penyelaras PPN
Jelasnya, enam prinsip utama PPN ialah mengimbangi nyawa dan kehidupan, memberi kejelasan dan membina semula kepercayaan, mengkelaskan sains dan data, mengambil pendekatan seluruh masyarakat, memastikan pelan yang dinamik dan penyesuaian berterusan serta memberi asas kepada pemantauan prestasi PPN.
JKKPPN berfungsi memantau pelaksanaan strategi serta bantuan di bawah PPN bagi memastikan Malaysia mampu keluar darioada kemelut pandemik COVID-19 secara berfasa dan sistematik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 10 2021

Tengku Zafrul berkata PPN bukan sekadar melibatkan pakej rangsangan sebaliknya ia mempunyai enam prinsip utama yang akan membantu ekonomi negara pulih seperti sedia kala. - Foto BERNAMA

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

"Anda berhak menerimanya," titah Agong kepada pengawal keselamatan tular
Yogeswary, 44, yang tular di media sosial adalah antara 298 penerima pada istiadat yang diadakan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN - Polis
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 75 lelaki dan 75 wanita warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun.

72 pengunjung, tiga pemilik pusat hiburan dikompaun
Kesemua pemilik premis dan pengunjung itu telah dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis
Seramai 154 individu dikompaun berjumlah RM155,000 kerana gagal mematuhi SOP ketika berhibur di sebuah premis hiburan di Bangsar, pada Jumaat.

78 pengunjung pusat hiburan dikompaun langgar SOP
Pemeriksaan ujian air kencing ke atas pengunjung mendapati dua daripadanya positif dadah.

Polis PJ guna dron pantau pematuhan SOP PPN Fasa 4
Operasi dilancarkan secara bersepadu dengan menubuhkan empat pasukan disertai bersama pelbagai agensi penguatkuasaan lain.

Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA terima 134 kertas cadangan
Geran penyelidikan MASA menerima sejumlah 134 kertas cadangan daripada 21 institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta badan bukan kerajaan.

PPN 2.0: Kaji terlebih dahulu pencapaian PPN sedia ada - Pakar
Apa yang lebih penting kini adalah memastikan semua pelan di bawah PPN yang sedia ada diperkukuhkan dan mencapai objektif, sebelum pelan baharu dirangka.

Penganjur pertandingan tarian singa dikompaun
Video tular yang memaparkan orang ramai berkumpul menyaksikan persembahan tarian singa sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Pengurusan kuil dikompaun langgar SOP
Siasatan dijalankan mendapati pihak pengurusan kuil telah gagal mematuhi SOP PPN Fasa 4 iaitu tiada penjarakan fizikal.