Pos Malaysia akan mengeluarkan setem khas edisi terhad sempena ulang tahun ke-93 Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Al-Ishsal Ishak berkata setiap lembaran 'Setem Ku' menampilkan reka bentuk berbeza dan dijual dengan harga 60 sen setiap satu.
Setiap folder mengandungi tiga lembaran Setem Ku, yang menampilkan saat-saat mesra antara Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, serta hari bersejarah apabila Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia, katanya pada sidang media di ibu pejabat Pos Malaysia di sini.
Al-Ishsal berkata Pos Malaysia memberi penghormatan kepada ikon prolifik Malaysia itu dengan menghasilkan set folder khas.
"Tun Dr Mahathir telah dedikasikan seluruh hidupnya demi kebaikan negara dan inilah cara kami untuk mengucapkan terima kasih atas segala usaha dan sumbangannya kepada Malaysia," katanya.
Al-Ishsal juga berkata RM5 daripada hasil jualan setiap set folder itu akan disalurkan ke Tabung Harapan Malaysia, tabung amanah yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membolehkan rakyat Malaysia menyumbang bagi pembayaran balik hutang negara.
"Kami hanya mengeluarkan 100,000 keping bagi setiap reka bentuk Setem Ku (kesemuanya 300,000 keping). Oleh itu saya ingin menggalakkan semua orang mengambil peluang ini dengan segera kerana ia tidak akan dikeluarkan lagi sebaik sahaja koleksi ini habis dijual.
"Bawalah pulang koleksi bersejarah ini dan menyumbang kepada Tabung Harapan," katanya.
Set lengkap boleh diperoleh pada harga RM93 setiap satu di semua pejabat pos umum dan pejabat pos terpilih seluruh negara atau pembelian melalui eziEmall.com.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 06 2018
Pos Malaysia mengeluarkan 'folder' set istimewa edisi khas Setem Ku Khas Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikeluarkan sempena ulang tahun Tun yang Ke-93 di Ibu Pejabat Pos Kuala Lumpur. --fotoBERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
NFCP: RM21.6bil hanya anggaran, kesalinghubungan rakyat bakal meluas
NFCP menggaris strategi, sasaran dan tindakan yang akan memastikan ketersediaan kesalinghubungan digital yang mampan, menyeluruh, berkualiti tinggi dan mampu milik untuk negara.
5G untuk industri dijangka bermula seawal tahun depan - SKMM
Pengarahnya, Al-Ishsal Ishak berkata pihak industri akan mendapat lebih keutamaan berbanding pengguna, tidak seperti teknologi rangkaian 3G dan 4G sebelum ini.
Pameran teknologi 5G beri peluang kepada rakyat Malaysia - SKMM
Pameran 5G itu akan diadakan di Putrajaya sempena sambutan ulang tahun ke-20 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menghadiri majlis tersebut.
CEO Kumpulan Pos Malaysia letak jawatan 30 Sept ini
Peletakan jawatan Al-Ishsal adalah disebabkan pelantikan beliau sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mulai 1 Okt depan.
Pos Malaysia keluarkan setem khas sempena ulang tahun Mahathir
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Al-Ishsal Ishak berkata setiap lembaran 'Setem Ku' menampilkan reka bentuk berbeza dan dijual dengan harga 60 sen setiap satu.