PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini melancarkan portal baharu yang dinaik taraf menerusi versi terkini 4.3.4 dengan mengadaptasi aspirasi MADANI, The G.R.E.A.T Civil Service dan H.E.M.A.T.
Dalam kenyataan hari ini, JPA memaklumkan portal baharu itu bukan sahaja mempunyai jaminan keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang lebih kukuh dan mampan malah dibangunkan tanpa melibatkan sebarang kos.
"Portal baharu yang dinaik taraf dengan mengadaptasi aspirasi MADANI melalui Daya Cipta, The G.R.E.A.T Civil Service iaitu Tadbir Urus Terbaik dan H.E.M.A.T secara Minda Pekin dan Apresiasi Inovasi.
"Ia dibangunkan secara dalaman sepenuhnya oleh pegawai-pegawai teknologi maklumat, Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM), JPA," menurut kenyataan itu.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata konsep baharu portal JPA itu menawarkan paparan yang lebih padat dan ringkas (Less is More), reka bentuk yang lebih kemas dan tersusun (Clean and Simple), dan paparan yang berfokuskan konteks supaya lebih mudah untuk dilayari (White Space).
"Konsep ini merupakan suatu pendekatan yang pertama seumpamanya dilaksanakan oleh perkhidmatan kerajaan.
"Justeru, perkara ini seharusnya menjadi suatu penanda aras baharu kepada semua portal kementerian, jabatan, agensi yang lain agar dapat diselaraskan secara kolektif serta sentiasa dikemas kini bagi memenuhi pengharapan pelanggan dan bersesuaian dengan perubahan zaman," katanya.
Dalam kenyataan sama sempena pelancaran portal itu, Wan Ahmad Dahlan berkata elemen utama dalam kreativiti dan inovasi ini ialah idea baharu yang menjurus kepada penambahbaikan dan memberikan nilai tambah baharu melalui penggabungan sumber-sumber sedia ada.
Beberapa inisiatif berasaskan idea inovasi telah dilaksanakan antaranya penggunaan sistem kad akses satu kali guna yang merakamkan waktu pergerakan keluar dan masuk pegawai secara ekstensif, serta sistem HRM baharu yang mengadaptasi teknologi digital seperti chatbot, kecerdasan buatan (AI) dan analitik data.
Sementara itu, JPA memaklumkan sebanyak 1,000 pengguna sehari secara purata telah direkodkan semasa melayari portal JPA untuk mengakses data terbuka kerajaan bagi perkhidmatan yang disediakan.
"JPA berharap agar dengan adanya pembangunan portal ini, ia dapat menyokong dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam yang menuju ke arah Kerajaan Digital dengan lebih efisien dan berkesan," menurut kenyataan itu.
JPA turut memaklumkan lapan produk juga dibangunkan secara dalaman oleh BDTM, JPA tanpa melibatkan sebarang kos antaranya Sistem Award GCR, Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam (SPPA), Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN), Inventori Sistem Audit Nilai (iNSAN) dan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024

JPA memaklumkan portal baharu itu mempunyai jaminan keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang lebih kukuh. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Tiada arahan penamatan kontrak secara besar-besaran pegawai tidak miliki SPM - JPA
JPA menegaskan pihaknya tidak mengeluarkan arahan bagi menamatkan kontrak secara besar-besaran terhadap pegawai yang tidak memiliki SPM.

JPA sentiasa teroka pendekatan terbaik integrasikan automasi, transformasi digital
Jabatan itu memaklumkan usaha pemodenan perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan kelangsungan tenaga kerja dalam jangka masa panjang.

JPA dalam proses tambah baik MyPPSM, tingkat pengurusan kewangan peribadi pegawai awam - KPPA
Jabatan Perkhidmatan Awam dalam proses menambah baik Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia untuk memasukkan modul pengurusan kewangan peribadi.

Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - KPPA
Ia selaras dengan arahan KSN mengenai dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang bertugas di kaunter lebih lima tahun.

JPA bakal laksana sistem penggiliran pegawai di kaunter pelanggan - KSU
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bakal melaksanakan pusingan kerja ke atas semua penjawat awam yang berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan.

JPA nafi keluar arahan wajibkan pejawat awam miliki BMI seimbang
JPA menafikan kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Hospital Miri, Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Jack Wong Siew Yu pada 7 Dis lepas.

Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.

85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.

PPS SSPA ditubuh beri penjelasan tepat, elak kekeliruan penjawat awam - KPPA
Pusat Panggilan Setempat SSPA yang ditubuh JPA bertujuan memberi penjelasan tepat bagi mengelak kekeliruan berlegar dalam kalangan penjawat awam.

Penjawat awam beragama Hindu boleh guna CTR sehari sebelum atau selepas Deepavali - JPA
Mereka boleh memilih untuk menggunakan Cuti Tanpa Rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali selama satu hari, sama ada sehari sebelum atau pada hari kedua perayaan itu, bermula tahun ini.