Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi yang ditemui masih hidup terutamanya mengenai ‘rahsia’ mereka dapat bertahan lebih 45 hari.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya juga mahu mengetahui tentang sebab operasi pencarian gagal pada peringkat awal, namun proses soal siasat belum dapat dilakukan sepenuhnya memandangkan keadaan murid yang ditemui itu masih lemah.
Menurutnya, dari gambaran awal yang diberikan, kedua murid berkenaan memaklumkan dapat bertahan dengan memakan rumput dan minum air sungai untuk menahan diri daripada kelaparan.
“Buat masa ini, kita nak bertanya banyak pun tak boleh sebab mereka dalam keadaan tidak bermaya dan nanti terganggu pula fikiran dan emosi. Kita akan tunggu lampu hijau dari pakar untuk ambil kenyataan.
"Kita kena beri masa dalam kes ini kita tolak kemungkinan yang lain seperti (terlibat dalam sindiket) jual organ dan sebagainya,” ujar Mazlan.
Dehidrasi
Sementara itu, tiga murid lain yang meninggal dunia itu dipercayai mengalami dehidrasi dan kelaparan. Siasatan awal polis juga tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam insiden hilang tersebut.
Menceritakan kembali kesukaran pasukan mencari menemui murid-murid berkenaan, Mazlan menjelaskan, pelajar berkenaan didapati bersembunyi di lokasi bergua di bawah akar yang besar berhampiran tebing sungai.
Katanya, penemuan mayat pertama pada 7 Oktober lepas disebabkan arus sungai menghanyutkan jasad berkenaan.
Penemuan rangka di atas tebing juga disebabkan dibawa arus sungai.
Walaupun pasukan mencari sudah melalui kawasan itu berdasarkan peta dan panduan, mereka gagal menemui murid berkenaan kerana bersembunyi di dalam gua berkenaan.
"Mereka terlindung oleh sungai yang jika airnya pasang akan melindungi akar berkenaan dan hanya akan kelihatan apabila airnya surut," jelasnya.
Tambahnya, pelajar berkenaan tidak menyeberangi sungai dan mereka dikatakan bersembunyi kerana ketakutan.
BACA: Kronologi: Misteri 7 pelajar Orang Asli hilang di Pos Tohoi, Gua Musang
Pencarian diteruskan
Operasi pencarian baki murid yang hilang kini diteruskan dan semua pihak tidak boleh mengandaikan murid berkenaan maut atau sebagainya sehinggalah dia ditemui.
Pada masa yang sama, rangka yang ditemui itu akan dijalankan ujian asid deoksirinobukleik (DNA) yang dijangka memakan masa sebulan untuk diketahui keputusannya.
Dua murid yang ditemui hidup itu dikenali sebagai Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiari Aluj, 11, yang kini di rawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
Sejak beberapa hari lalu satu rangka yang belum disahkan identiti dan dua mayat, masing-masing dikenali sebagai Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9 ditemui.
Operasi mencari dan mengesan pelajar yang hilang itu masih diteruskan yang kini sudah memasuki hari ke-49.
BACA: Kehilangan Orang Asli SK Tohoi: Jangan salahkan sesiapa, kata Mustapa
Muhafandi Muhamad
Sat Oct 10 2015
MAZLAN: Operasi pencarian baki murid yang hilang kini diteruskan dan semua pihak tidak boleh mengandaikan murid berkenaan maut atau sebagainya sehinggalah dia ditemui.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
3,929 anggota keselamatan ditugaskan lindungi keselamatan di lokasi demonstrasi Jakarta
Pihak berkuasa Jakarta menugaskan 3,929 anggota keselamatan untuk mengawasi demonstrasi berkaitan Pilihan Raya Umum 2024 di hadapan Kompleks Parlimen di Tanah Abang, Jakarta Pusat pada Selasa.
Parkir tidak teratur halang kenderaan penyelamat
Ada pemilik kenderaaan yang tidak memikirkan keselamatan awam lain dan menghalang kenderaan anggota penyelamat.
Tindakan meroboh kuil cetus pertempuran
Pertengkaran sengit antara penduduk tempatan dan anggota keselamatan berakhir dengan penahanan penunjuk perasaan.
Empat anggota keselamatan cedera dalam insiden letupan bom di Pattani
Empat anggota pasukan keselamatan cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand.
Keamanan negara tarik minat syarikat besar melabur - PM Anwar
Tugas anggota keselamatan dalam memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara banyak menyumbang kepada minat syarikat besar luar negara untuk melabur di Malaysia.
320 anggota keselamatan Sudan, 20,000 pelarian lari ke Chad
Kira-kira 320 anggota keselamatan Sudan meninggalkan medan pertempuran dan menyeberangi sempadan untuk menyerah diri kepada tentera Chad.
Kes jenayah anggota keselamatan, penguat kuasa catat penurunan - Shamsul Anuar
Jumlah kes jenayah melibatkan anggota keselamatan bersenjata dan penguat kuasa mencatatkan penurunan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Lima maut nahas helikopter
Lima anggota keselamatan maut dalam nahas helikopter di Aguascalientes, Mexico pada Khamis.
200 hektar hutan terbakar di Jerman
Kira-kira 500 anggota keselamatan di seluruh Brandenburg dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.
[LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR
Pengundi dinasihatkan supaya mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.