IPOH: Polis berjaya menumpaskan aktiviti pengedaran dadah yang aktif tidak sampai sebulan selepas menahan lima lelaki di dua lokasi berasingan di sekitar Ipoh bersama dadah bernilai RM1.57 juta pada Rabu.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh telah menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 25 tahun di tepi jalan, Jalan Gopeng, Kampung Gunung Rapat dekat sini, pada jam 9.15 malam.
Katanya hasil pemeriksaan di dalam sebuah kereta, pihak polis menemukan pelbagai jenis dadah jenis Ketamine dan Methamphetamine dengan anggaran berat lebih daripada 20 kilogram (kg).
“Pihak polis berjaya menemukan dadah dipercayai jenis Ketamine anggaran berat 26.18 kg; cecair disyaki dadah Ketamine anggaran berat 3,350 milliliter (ml); dan dadah Methamphetamine anggaran berat 1.82 gram (g).
“Susulan dari serbuan tersebut, pihak polis juga telah menahan dua lelaki yang berumur lingkungan 21 hingga 27 tahun di sebuah rumah di Kampung Rapat, yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis Ketamine,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, dekat sini, pada Jumaat.
Menurutnya lagi, hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati empat suspek positif dadah jenis tetrahdyrocannabino (THC) sementara seorang negatif daripada sebarang dadah.
Katanya hasil semakan turut mendapati empat daripada mereka mempunyai pelbagai rekod lampau berkenaan kesalahan jenayah dan dadah manakala seorang suspek tidak mempunyai rekod lampau.
“Daripada kelima-lima suspek yang ditangkap, tiga daripada mereka bekerja sebagai penjaga stor kilang, tukang cuci kenderaan, serta kelindan lori sementara dua penganggur,” ujarnya.
Dalam pada itu, Mohd Yusri berkata pihaknya turut menyita sebuah kereta, dua motosikal dan wang tunai yang kesemuanya berjumlah RM30,380 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.
“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, sindiket ini dipercayai mula aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak awal September ini.
“Dadah yang dirampas disyaki untuk diedarkan di pasaran tempatan di Perak yang mana dianggarkan jumlah dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 52,352 orang penagih dadah,” katanya lagi.
Mohd Yusri berkata kelima-lima suspek direman selama tujuh hari bermula 21 September dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Amirrul Rabbani
Fri Sep 22 2023
Mohd Yusri menunjukkan dadah yang dirampas dalam satu serbuan yang dilakukan di Kampung Gunung Rapat. - Astro AWANI
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
"Itu bukan saya"- Misha Omar nafi ditahan polis Thailand
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.
Polis kesan Syed Mohammad Faris bantu perbicaraan kes dadah
Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir, 33, beralamat terakhir di nombor 375, Blok 16, Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
Kematian Liam Payne: Bedah siasat temui pelbagai jenis dadah - Sumber
Payne sebelum ini pernah mendedahkan bergelut dengan penyalahgunaan dadah dan tekanan.
Polis Johor tumpas sindiket dadah guna peranti vape
Polis merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM2.827 juta, serta menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur 27 hingga 44 tahun antara pukul 6.45 petang hingga 4 pagi.
Perancis: Remaja ditikam 50 kali, dibakar hidup-hidup
Marseille, bandar kedua terbesar di Perancis, adalah salah satu kota termiskin yang turut dicemari insiden keganasan berkaitan dadah.
Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah
Peguamnya berkata, Muhammed Yusoff akan didakwa berhubung penemuan senjata dan dadah.
Rakyat Malaysia disyaki seludup dadah ditahan di Singapura
Menurut CNB Singapura, lelaki itu ditahan di sekitar Chin Swee Road dalam satu operasi yang dijalankan pada malam Isnin.