GEORGE TOWN: Polis menubuhkan unit tindakan khas melibatkan anggota trafik untuk meronda di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di sini dalam usaha menangani cubaan terjun ke laut di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tindakan tersebut dilakukan susulan banyak kejadian cubaan sedemikian di kedua-dua lokasi itu, kebelakangan ini.
Beliau berkata, berdasarkan statistik, sebanyak 20 kes bunuh diri di kawasan itu sejak tiga tahun lalu dengan lapan kes dicatatkan tahun ini setakat Mei lalu.
“Secara purata seramai 77 orang di negeri ini membunuh diri setahun dalam tempoh tiga tahun lalu iaitu antara 2020 hingga tahun ini setakat Mei lalu.
"Daripada jumlah itu, seramai 78 orang membunuh diri pada 2020, 114 (2021) dan 41 (setakat Mei tahun ini) menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 233 orang.
"Kesemua kes ini adalah di bawah bidang kuasa polis menerusi siasatan mati mengejut (SDR) dan tidak ada satu kes pun yang terlepas daripada siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini .
Mohd Shuhaily berkata, isu tersebut turut dibawa kepada Kerajaan Pulau Pinang dan polis sedia bekerjasama dengan beberapa pihak lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mencari penyelesaian kepada insiden tersebut.
Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada pihak berkuasa lain khususnya yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat seperti Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan orang awam seperti nelayan serta kumpulan pemancing.
Menurutnya, Pasukan Polis Marin Wilayah 1 yang berpangkalan di Batu Uban berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya 10 individu di kawasan berkenaan sepanjang tiga tahun lalu.
Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.
Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders.
Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada sam@befrienders.org.my untuk bantuan.
Panggilan adalah percuma.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Jun 02 2022
Penubuhan unit tindakan khas itu susulan banyak kejadian cubaan terjun ke laut di dua jambatan di Pulau Pinang. - Gambar fail
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Jambatan Pulau Pinang, kedua ditutup 28 Julai
Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan ditutup secara berperingkat pada 28 Julai ini bagi memberi laluan kepada acara 'Penang Fellowship Ride Bridge to Bridge 2024'.
Plaza tol Jambatan Pulau Pinang aktifkan ujian bayaran tol melalui kad debit, kredit
Pengguna kini boleh melakukan transaksi menggunakan kad debit dan kad kredit bank sebagai alternatif kepada Touch n Go dan RFID.
Remaja maut, rakan parah dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang remaja lelaki maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.
Lorong tengah, kanan KM8-KM7 Jambatan P.Pinang ditutup Sabtu malam hingga pagi Ahad ini
Penutupan bermula 10 malam Sabtu hingga 9 pagi Ahad itu bagi kerja-kerja penyelenggaraan penyambung jambatan di Jambatan Pulau Pinang arah ke Perai.
Wanita OKU, suami direman kes tendang penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang
Sepasang suami isteri direman bagi membantu siasatan susulan tindakan mereka yang mengganggu penunggang motosikal di atas Jambatan Pulau Pinang.
Wanita dakwa ditolak teman lelaki ketika bertengkar
Pegawai kanan polis itu mempunyai satu kes jenayah yang masih dalam siasatan melibatkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana memukul dalam kejadian di daerah Timur Laut.
Polis siasat motif lelaki tetak ibu saudara dengan parang
Wanita yang maut ditetak dengan parang dalam kejadian di Jalan Raja Uda, Butterworth semalam adalah ibu saudara kepada lelaki yang menetaknya.
Wanita maut ditetak dengan parang, suspek jatuh jambatan
Suspek melarikan diri dan terjatuh ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang.
Jalan di Pulau Pinang ditutup dan dilencongkan sempena maraton Ahad ini
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata acara larian itu akan melalui kawasan Persiaran Bayan Indah, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, sepanjang laluan Jambatan Pulau Pinang dan Perai.
Jambatan Pulau Pinang ditutup sementara pada Ahad untuk larian maraton
Jambatan itu akan dibuka dan beroperasi seperti biasa bermula 10 pagi pada hari yang sama selepas acara larian tamat.