GEORGE TOWN: Beberapa jalan di Pulau Pinang akan ditutup dan dilencongkan sempena acara larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2023 (PBIM 2023) yang melibatkan jarak sepanjang 42 kilometer (km) bermula malam Sabtu hingga pagi Ahad ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata acara larian itu akan melalui kawasan Persiaran Bayan Indah, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, sepanjang laluan Jambatan Pulau Pinang dan Perai.
"Penutupan dan lencongan akan ditutup secara berperingkat bermula 11 malam Sabtu (16 Dis) hingga 10 pagi Ahad (17 Dis) dan orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan pihak polis yang bertugas serta merancang perjalanan mereka," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Katanya bagi daerah Timur Laut, jalan yang akan ditutup ialah sepanjang Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu iaitu dari Persimpangan Jalan Sungai Pinang ke Persiaran Bayan Indah dan dari George Town menghala ke Bayan lepas serta Jambatan Pulau Pinang.
Beliau berkata bagi daerah Barat Daya, semua jalan yang ditutup tertumpu di kawasan Queensbay dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke George- Town, manakala semua kenderaan yang menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan Batu Maung, akan dilencongkan ke Jalan Sultan Azlan Shah dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Khaw berkata di daerah Seberang Perai Tengah pula, kenderaan yang menuju ke bahagian pulau iaitu dari Lebuhraya Utara Selatan akan dilencongkan ke Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Katanya pengguna jalan raya yang bercadang menggunakan jalan-jalan terlibat, diminta merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif yang lain serta mematuhi arahan pihak polis yang bertugas kerana pihaknya menjangkakan aliran trafik meningkat berikutan musim cuti sekolah.
"Orang ramai yang ingin menyaksikan atau menyertai PBIM, dinasihatkan meletakkan kenderaan di kawasan yang disediakan oleh penganjur dan dilarang meletakkan kenderaan di sepanjang jalan yang terlibat dengan laluan peserta larian PBIM 2023.
"Mereka juga dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam yang disediakan oleh pihak penganjur bagi mengelak kesesakan," katanya.
PBIM merupakan acara sukan tahunan terbesar di utara Semenanjung dan difahamkan lebih 20,000 peserta telah mendaftar bagi menyertainya.
Kategori perlumbaan termasuk Maraton Penuh (42km), Half Maraton (21km) dan Larian 10km (Terbuka/Junior).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023

PBIM merupakan acara sukan tahunan terbesar di utara Semenanjung dan difahamkan lebih 20,000 peserta telah mendaftar bagi menyertainya. - Foto Penang Marathon
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi
Projek Menara Penghantaran Monopole TNB, yang bertujuan mengukuhkan bekalan elektrik di Pulau Pinang dengan nilai RM500 juta, telah memulakan operasi pada 22 Dis lepas.

Tersadai di Jambatan Pulau Pinang gara-gara angin kencang
Kejadian angin kuat di kawasan berkenaan menyebabkan penunggang motosikal turut 'ditolak' angin berkenaan.

Jambatan Pulau Pinang, kedua ditutup 28 Julai
Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan ditutup secara berperingkat pada 28 Julai ini bagi memberi laluan kepada acara 'Penang Fellowship Ride Bridge to Bridge 2024'.

Plaza tol Jambatan Pulau Pinang aktifkan ujian bayaran tol melalui kad debit, kredit
Pengguna kini boleh melakukan transaksi menggunakan kad debit dan kad kredit bank sebagai alternatif kepada Touch n Go dan RFID.

Remaja maut, rakan parah dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang remaja lelaki maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

Lorong tengah, kanan KM8-KM7 Jambatan P.Pinang ditutup Sabtu malam hingga pagi Ahad ini
Penutupan bermula 10 malam Sabtu hingga 9 pagi Ahad itu bagi kerja-kerja penyelenggaraan penyambung jambatan di Jambatan Pulau Pinang arah ke Perai.

Wanita OKU, suami direman kes tendang penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang
Sepasang suami isteri direman bagi membantu siasatan susulan tindakan mereka yang mengganggu penunggang motosikal di atas Jambatan Pulau Pinang.

Wanita dakwa ditolak teman lelaki ketika bertengkar
Pegawai kanan polis itu mempunyai satu kes jenayah yang masih dalam siasatan melibatkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana memukul dalam kejadian di daerah Timur Laut.

Polis siasat motif lelaki tetak ibu saudara dengan parang
Wanita yang maut ditetak dengan parang dalam kejadian di Jalan Raja Uda, Butterworth semalam adalah ibu saudara kepada lelaki yang menetaknya.

Wanita maut ditetak dengan parang, suspek jatuh jambatan
Suspek melarikan diri dan terjatuh ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang.