KUALA LUMPUR:Polis akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terutamanya di kawasan perumahan sepanjang sambutan Deepavali.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberitahu, ia adalah bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda COVID-19.

Beliau juga memberitahu, pasukan penguat kuasa juga akan melakukan pemeriksaan di tempat beribadat bagi tujuan yang sama.  

"Saya berharap orang ramai  akan sentiasa beringat tentang risiko jangkitan COVID-19. 

"Oleh itu saya menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang dikuatkuasakan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, pergerakan di jalan raya serta lebuh raya juga akan dipantau dengan ketat.

"Sama-samalah kita memikul tanggungjawab untuk memutuskan penularan virus ini," katanya.