PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memberi cuti tanpa rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan menganut agama Hindu yang berkhidmat di Sarawak.
Perkara berkenaan dinyatakan dalam surat edaran bertarikh 9 Nov 2023 ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Zulkapli Mohamed yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Menurut surat edaran itu, sekiranya perayaan Deepavali jatuh pada hari bekerja, pegawai boleh memohon CTR pada hari berkenaan manakala sekiranya Deepavali jatuh pada hari Ahad, pegawai boleh memohon CTR pada hari bekerja berikutnya.
"Sehubungan itu, mengambil kira hari Deepavali 2023 jatuh pada Ahad (12 Nov), maka pegawai yang menganut agama Hindu boleh memohon CTR pada Isnin (13 Nov) bagi menyambut Hari Deepavali," menurut surat edaran itu.
Kerajaan mulai 2018 telah memperuntukkan CTR sempena perayaan Deepavali selama satu hari iaitu pada hari berikutnya (hari kedua) kepada pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Hindu sebagai tambahan kepada cuti umum hari Deepavali.
CTR itu tidak terpakai kepada negeri Sarawak memandangkan hari Deepavali bukan merupakan hari kelepasan am di negeri itu.
Kerajaan Sarawak telah bersetuju memberikan CTR sempena perayaan Deepavali kepada pegawai perkhidmatan awam Negeri Sarawak yang menganut agama Hindu melalui Pekeliling Perjawatan Negeri Sarawak Bilangan 26 Tahun 2023 bertarikh 9 Nov 2023.
CTR sempena perayaan Deepavali bagi pegawai perkhidmatan awam Persekutuan menganut agama Hindu yang berkhidmat di Sarawak yang berkuat kuasa mulai tarikh surat dikeluarkan turut dipanjangkan kepada semua ketua badan berkanun Persekutuan Sarawak.
Sebelum ini, kerajaan bersetuju CTR sempena perayaan Deepavali pada 13 Nov (Isnin) akan dibawa ke 14 Nov (Selasa) bagi pegawai perkhidmatan awam menganut agama Hindu di negeri-negeri yang hari kelepasan mingguannya adalah Ahad.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023
![Kerajaan beri cuti tanpa rekod Deepavali kepada penjawat awam Hindu di Sarawak Kerajaan beri cuti tanpa rekod Deepavali kepada penjawat awam Hindu di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699597972_ZulkapliMohamed.jpg)
Perkara berkenaan dinyatakan dalam surat edaran bertarikh 9 Nov 2023 ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Zulkapli Mohamed. - Gambar fail
![ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma! ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739924425_tbJDTACLEpusinga.jpg)
ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.
![Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739921432_tbmenikamisteri.jpg)
Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok
Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas Onal dan beberapa saksi di lokasi kejadian.
![Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734342219_tbPPSBANJIR.jpg)
Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.
![Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724910395_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.
![Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.
![Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739922101_tbZAKARIAARIFFINB.jpg)
Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak, sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang legitimasi terhadap mesyuarat antara pegawai Amerika Syarikat dan Rusia di Riyadh pada Selasa.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
![Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739915838_TBTrumpProtests.jpg)
Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
![Penjawat awam beragama Hindu boleh guna CTR sehari sebelum atau selepas Deepavali - JPA Penjawat awam beragama Hindu boleh guna CTR sehari sebelum atau selepas Deepavali - JPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729870585_TBDEEPAVALI.jpg)
Penjawat awam beragama Hindu boleh guna CTR sehari sebelum atau selepas Deepavali - JPA
Mereka boleh memilih untuk menggunakan Cuti Tanpa Rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali selama satu hari, sama ada sehari sebelum atau pada hari kedua perayaan itu, bermula tahun ini.
![CUEPACS mohon 1.62 juta penjawat awam bantu kurangkan pergerakan CUEPACS mohon 1.62 juta penjawat awam bantu kurangkan pergerakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41584512375_AdnanMat.jpg)
CUEPACS mohon 1.62 juta penjawat awam bantu kurangkan pergerakan
CUEPACS memohon 1.62 juta penjawat awam kecuali yang diarahkan bertugas agar terus kekal bertugas dari rumah dan mengurangkan pergerakan.