Polis tidak membenarkan penganjuran 'Himpunan Selamatkan Selangor' yang dijadual berlangsung di hadapan sebuah pusat membeli-belah di Ampang esok kerana tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Khairuddin Daad berkata penganjur masih berdegil dan tetap ingin meneruskan perhimpunan itu walaupun permit tidak diluluskan.
"Saya nasihatkan orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan itu kerana ia tidak mendapat kebenaran daripada polis mahupun Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
"Bagaimanapun, saya akan menempatkan anggota di beberapa kawasan untuk mengawal keadaan dan keselamatan orang ramai," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Penganjur perhimpunan berkenaan iaitu Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos sebelum ini berkata ia dijadualkan berlangsung pada 11 Okt dan kemudian ditunda kepada 18 Okt bagi memenuhi syarat 10 hari menghantar notis mengikut APA 2012.
Sementara itu, Jamal berkata perhimpunan berkenaan akan bermula pada pukul 3 petang di hadapan pusat membeli-belah tersebut.
"Saya telah membuat permohonan kepada polis seperti yang termaktub dalam APA 2012 namun terserah kepada polis untuk menjalankan tanggungjawab mereka," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Bernama
Sat Oct 17 2015
![Polis tidak benarkan 'Himpunan Selamatkan Selangor' esok Polis tidak benarkan 'Himpunan Selamatkan Selangor' esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41443189659_JamalMdYunos.jpg)
Penganjur, Datuk Jamal Md Yunos sebelum ini berkata ia dijadualkan berlangsung pada 11 Okt dan kemudian ditunda kepada 18 Okt bagi memenuhi syarat 10 hari menghantar notis mengikut APA 2012. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Polis tidak terima permohonan berhimpun daripada Bersih atau mana-mana pihak - KP KL Polis tidak terima permohonan berhimpun daripada Bersih atau mana-mana pihak - KP KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706507144_tbAllaudeenAbdulMa.jpg)
Polis tidak terima permohonan berhimpun daripada Bersih atau mana-mana pihak - KP KL
Sebarang perhimpunan tanpa pemberitahuan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
![Penganjur Himpunan Selamatkan Rakyat tidak boleh acah-acah jadi mangsa - Saifuddin Nasution Penganjur Himpunan Selamatkan Rakyat tidak boleh acah-acah jadi mangsa - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706091431_TBSaifuddinNasution.jpg)
Penganjur Himpunan Selamatkan Rakyat tidak boleh acah-acah jadi mangsa - Saifuddin Nasution
Penganjur perlu memaklumkan kepada polis untuk mengadakan perhimpunan namun penganjur gagal melakukan perkara itu.
![Polis boleh guna budi bicara pendekkan tempoh pemakluman perhimpunan - Saifuddin Polis boleh guna budi bicara pendekkan tempoh pemakluman perhimpunan - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698125351_parlimen.jpg)
Polis boleh guna budi bicara pendekkan tempoh pemakluman perhimpunan - Saifuddin
Polis boleh pertimbangkan untuk menggunakan budi bicara bagi membenarkan penganjuran perhimpunan aman dalam tempoh 48 jam.
![Ada ibu bapa yang bawa bayi, kanak-kanak ke Himpunan 812 Ada ibu bapa yang bawa bayi, kanak-kanak ke Himpunan 812](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81544239338_ICERD.jpg)
Ada ibu bapa yang bawa bayi, kanak-kanak ke Himpunan 812
Perbuatan itu jelas melanggar syarat perhimpunan mengikut Seksyen 4 (2)(f) Akta Perhimpunan Aman 2012.
![Polis tidak halang perhimpunan ICERD, cuma pantau - Muhyiddin Polis tidak halang perhimpunan ICERD, cuma pantau - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61542623711_TanSriMuhyiddin.jpg)
Polis tidak halang perhimpunan ICERD, cuma pantau - Muhyiddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, polis hanya akan memantau perhimpunan tersebut bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
![Bersih: Polis siap sedia kawal perhimpunan depan Parlimen - KPN Bersih: Polis siap sedia kawal perhimpunan depan Parlimen - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81520426432_TanSriMohamdFuzi.jpg)
Bersih: Polis siap sedia kawal perhimpunan depan Parlimen - KPN
Polis juga mengesahkan tidak mengeluarkan sebarang permit dan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan itu esok.
![Nik Nazmi dibebaskan sekali lagi atas dakwaan yang sama Nik Nazmi dibebaskan sekali lagi atas dakwaan yang sama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/71392469803_295x200.jpg)
Nik Nazmi dibebaskan sekali lagi atas dakwaan yang sama
Hakim Yasmin Abdul Razak memutuskan Nik Nazmi telahpun dibebaskan dari pertuduhan sama oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.
![Nik Nazmi didakwa, perbicaraan seterusnya 4 Jun Nik Nazmi didakwa, perbicaraan seterusnya 4 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61365010284_120x90.jpg)
Nik Nazmi didakwa, perbicaraan seterusnya 4 Jun
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia untuk PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad telah didakwa di Mahkamah Sesyen pagi ini.
![28 wakil PR didapati melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 28 wakil PR didapati melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/71366717330_295x200.jpg)
28 wakil PR didapati melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012
Seramai 28 dari 33 wakil politik PR yang berucap dalam 'Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat' didapati melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.
![Polis tidak ikut Akta Perhimpunan Aman -- Suhakam Polis tidak ikut Akta Perhimpunan Aman -- Suhakam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61366199347_295x200.jpg)
Polis tidak ikut Akta Perhimpunan Aman -- Suhakam
Suhakam mengumumkan hasil siasatan awam ke atas pelanggaran hak asasi manusia semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April tahun lalu.