Pihak polis masih belum menerima apa-apa maklumat mengenai bantahan yang kononnya dirancang untuk diadakan oleh kumpulan tertentu sempena lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke negara ini bulan depan.
Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Mohmad Salleh berkata: "Tiada apa-apa lagi. Kami tidak menerima apa-apa maklumat mengenai perkara ini, (tetapi) kita akan bertindak jika kita mendengar apa-apa mengenainya . "
Justeru Mohmad menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu untuk membantu pihak polis.
Pada Selasa minggu lepas, sebuah badan bukan kerajaan pro-pembangkang Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bertindak membakar sebuah patung replika seakan Obama bersama sehelai bendera Amerika Syarikat dalam satu tunjuk perasaan yang diadakan di Taman Melati, Wangsa Maju.
SAMM berkata tindakan itu diharap dapat menjadi pembakar semangat kepada bantahan yang lebih besar bagi 'menyambut' pemimpin Amerika itu pada 11 Oktober nanti.
Pengarah propaganda kumpulan itu, Edy Noor Reduan, berkata tindakan itu sebagai satu "amaran penting" dan isyarat penolakan mereka terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Selain itu kempen bantahan itu turut menggunakan media sosial untuk menyuarakan bantahan termasuk menggunakan hashtag #BantahObama dan #TolakTPPA.
Selain SAMM, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) baru-baru ini turut mengeluarkan kenyataan membantah lawatan Obama.
Presidennya, Mohd. Azmi Abdul Hamid, berkata bantahan dibuat dengan alasan Amerika Syarikat dianggap sebagai sebuah "kuasa imperialis Barat yang berhasrat untuk menguasai dunia".
Beliau juga berkata Malaysia perlu mencontohi tindakan Presiden Brazil Dilma Rauseff yang membatalkan perjalanannya ke Amerika Syarikat susulan dakwaan pengintipan Amerika menerusi Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) negara itu ke atas rakyat Brazil.
Sementara itu, Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu ketika ditanya oleh Astro Awani.
Teoh El Sen
Mon Sep 23 2013
![Polis: Tiada maklumat bantahan lawatan Obama Polis: Tiada maklumat bantahan lawatan Obama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/61379942189_295x200.jpg)
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Cacar monyet: Jangkitan meningkat kepada lebih 70,000 - WHO Cacar monyet: Jangkitan meningkat kepada lebih 70,000 - WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603501438_TedrosAdhanomGhebr.jpg)
Cacar monyet: Jangkitan meningkat kepada lebih 70,000 - WHO
Meskipun pertambahan kes dilihat perlahan, ia tidak bermakna masyarakat global tidak perlu mengambil langkah berjaga-jaga.
![Biden runding sokongan dari Asia kenakan sekatan ke atas Rusia - Laporan Biden runding sokongan dari Asia kenakan sekatan ke atas Rusia - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81635899186_JoeBiden.jpg)
Biden runding sokongan dari Asia kenakan sekatan ke atas Rusia - Laporan
Menurut Foreign Policy, Washington difahamkan sudah mendapat sokongan Singapura, Jepun dan Taiwan.
![Serangan dron Afghanistan: AS akui kesilapan bunuh 10 orang awam Serangan dron Afghanistan: AS akui kesilapan bunuh 10 orang awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631957545_TBJohnKirby.jpg)
Serangan dron Afghanistan: AS akui kesilapan bunuh 10 orang awam
Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin memohon maaf atas serangan dron di Afghanistan pada Ogos lalu.
![AUKUS: Perancis panggil pulang duta di Amerika Syarikat, Australia AUKUS: Perancis panggil pulang duta di Amerika Syarikat, Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631955250_TBJeanYves.jpg)
AUKUS: Perancis panggil pulang duta di Amerika Syarikat, Australia
Menteri Luar Negeri Perancis gambarkan penubuhan AUKUS sebagai tindakan 'menikam dari belakang'.
![Pandemik COVID-19, kemelut ekonomi dan peranan gerakan Islam Pandemik COVID-19, kemelut ekonomi dan peranan gerakan Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61586479512_newyorkCovid.jpg)
Pandemik COVID-19, kemelut ekonomi dan peranan gerakan Islam
Oleh kerana penyediaan vaksin diramalkan memerlukan masa lebih dari setahun lagi, maka angka kematian dijangkakan akan terus meningkat pada bulan-bulan mendatang.
![Pakej rangsangan: Adakah kisah Nabi Yusuf tidak relevan dalam kehidupan moden? Pakej rangsangan: Adakah kisah Nabi Yusuf tidak relevan dalam kehidupan moden?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71570785125_HBREAKEKONOMINEGARA.jpg)
Pakej rangsangan: Adakah kisah Nabi Yusuf tidak relevan dalam kehidupan moden?
Al Quran telah menceritakan bagaimana beliau telah dikeluarkan dari penjara dan dilantik oleh Raja Mesir untuk menjadi bendahari yang bertanggungjawab menguruskan khazanah negara.
![Malaysia naik ke ranking 22 senarai Daya Saing Dunia Malaysia naik ke ranking 22 senarai Daya Saing Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41525185811_KualaLumpur.jpg)
Malaysia naik ke ranking 22 senarai Daya Saing Dunia
Malaysia merupakan satu-satunya ekonomi di Asia Tenggara yang mencatatkan kenaikan dua anak tangga, dipacu oleh pemulihan kukuh prestasi ekonomi, khususnya perdagangan antarabangsa.
![Gunung Berapi Popocatepetl mula keluarkan asap, abu tebal Gunung Berapi Popocatepetl mula keluarkan asap, abu tebal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51517523541_TBPopocatepetl.jpg)
Gunung Berapi Popocatepetl mula keluarkan asap, abu tebal
Gunung berapi ikonik di Mexico, Popocatepetl mula meletus memuntahkan asap dan abu ke udara.
![Boikot Coca-Cola hanya merugikan pekerja tempatan - Pengurusan Boikot Coca-Cola hanya merugikan pekerja tempatan - Pengurusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51513334769_coke.jpg)
Boikot Coca-Cola hanya merugikan pekerja tempatan - Pengurusan
Menurut Pengurus Coca-Cola Malaysia Ahmed Yehia, tindakan boikot itu juga akan menjejaskan semua pihak yang bergantung kepada rantaian bekalan jenama itu di Malaysia.
![Berlian milik Puteri Diana antara 7 fakta menarik hubungan Harry dan Markle Berlian milik Puteri Diana antara 7 fakta menarik hubungan Harry dan Markle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/61511846952_PrinceHarry.jpg)
Berlian milik Puteri Diana antara 7 fakta menarik hubungan Harry dan Markle
Hubungan yang terjalin sejak setahun lalu pada mulanya dirahsiakan, kini menjadi berita gembira buat para peminat kerabat diraja Britain.