Seorang penyeludup dadah menyangka ideanya untuk menyeludup 306 kilogram ganja ke Hatyai di selatan Thailand dari bahagian timur laut negara ini pasti berjaya dengan menyoroknya dalam timbunan durian yang dibawa dengan sebuah pikap.
Lelaki berusia 30 tahun dari wailayah Umnartjaroen yang ditangkap di Hatyai semalam itu juga menyangka bau durian yang kuat tentu tidak menarik minat pihak berkuasa untuk melakukan siasatan rapi terhadap pikap tersebut dan barangan yang dibawanya.
"Tetapi, ketika pikap itu ditahan polis, empat pegawai kami berasa curiga dengan kelakuan lelaki berkenaan ketika disoal siasat dan akhirnya, helahnya terbongkar apabila ganja tersebut ditemukan disorok di bawah timbunan durian," kata ketua polis Hatyai Kol Kittichai Sangkhataworn kepada Bernama hari ini.
Lelaki itu kemudian ditahan polis untuk siasatan lanjut dan pihak berkuasa percaya ganja terbabit dirancang untuk diseludup ke Malaysia, sama ada untuk kegunaan tempatan atau dieksport semula ke negara ketiga.
Menurut Sangkhataworn, ganja yang dirampas itu dianggar bernilai 5 juta Baht (kira-kira RM625,000) dan dibungkus rapi, menunjukkkan ia adalah untuk penghantaran ke pasaran asing.
Semasa siasatan awal polis, lelaki itu mengaku bahawa selepas tiba di Hatyai bersama durian yang dibawa, dadah berkenaan akan diseludup ke seberang sempadan untuk dieksport ke negara ketiga.
"Dia juga menyatakan bahawa itu adalah cubaan kali keduanya untuk menghantar dadah ke selatan Thailand," kata ketua polis Hatyai tersebut sambil menjelaskan bahawa kejayaan dalam cubaan pertamanya mendorong lelaki itu untuk membuat penghantaran kali kedua.
Sangkhataworn berkata kebelakangan ini, penyeludup dadah menggunakan pelbagai taktik dan cara untuk menyorok kegiatan mereka daripada pihak berkuasa.
"Kali ini mereka guna durian pula dalam helah mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2017
Semasa siasatan awal polis, lelaki itu mengaku bahawa selepas tiba di Hatyai bersama durian yang dibawa, dadah berkenaan akan diseludup ke seberang sempadan untuk dieksport ke negara ketiga. - Gambar hiasan
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.