ALOR SETAR: Polis menerima tiga laporan berkaitan nama dan kad pengenalan digunakan individu lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, setakat ini.
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata dua laporan berkenaan diterima di daerah Kulim manakala satu laporan di daerah Kuala Muda.
Beliau berkata dua wanita tidak berpuas hati apabila dimaklumkan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa namanya telah ditanda untuk mengundi menyebabkan mereka tidak dapat menunaikan tanggungjawab itu, masing-masing berlaku di Kulim dan Kuala Muda.
"Kes lain di Kulim pula melibatkan seorang lelaki yang mendakwa namanya telah digunakan oleh orang lain untuk mengundi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.
Beliau berkata pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi ketiga-tiga kes berkenaan.
Dalam pada itu, Fisol berkata pihaknya juga mengesan satu video tular menerusi media sosial tentang seorang wanita yang tidak berpuas hati apabila petugas SPR membantu suaminya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) menanda kertas undi di pusat mengundi di Pendang.
"Wanita yang merupakan isteri kepada lelaki itu mendakwa petugas SPR telah menanda pada kertas undi tidak sepertimana yang dikehendaki suaminya. Bagaimanapun, setakat ini, polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian daripada wanita atau petugas SPR yang terlibat," katanya.
Berkenaan satu lagi video tular berkaitan bas yang didakwa membawa "pengundi hantu" di daerah Kuala Muda, Fisol menjelaskan dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana bas-bas yang ditularkan itu ialah bas yang disewa oleh pihak polis untuk membawa petugas polis di sekitar daerah berkenaan.
Beliau berkata pihaknya telah menyewa 34 bas dari Kuala Lumpur dan Kedah untuk membawa petugas-petugas polis yang ditugaskan menjaga keselamatan dan kelancaran proses PRN sepanjang pilihan raya kali ini.
Sementara itu, Fisol menasihati orang ramai terutamanya penyokong parti politik di Kedah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti konvoi bermula petang ini sehingga malam nanti bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
"Kalau hendak sambut kemenangan parti politik mereka pun jangan sehingga menyusahkan dan mengganggu ketenteraman awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 12 2023
![Polis terima tiga laporan nama, kad pengenalan diguna individu lain untuk mengundi Polis terima tiga laporan nama, kad pengenalan diguna individu lain untuk mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691500213_FisolSalleh.jpg)
Fisol berkata dua laporan berkenaan diterima di daerah Kulim manakala satu laporan di daerah Kuala Muda. - Gambar fail
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi diingatkan bawa kad pengenalan esok PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi diingatkan bawa kad pengenalan esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698987394_DatukIkmalrudinIsh.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi diingatkan bawa kad pengenalan esok
Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), diingatkan untuk membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian, bagi memudahkan semakan nama serta memba
![Suspek kes tembak di KLIA miliki empat kad pengenalan individu lain Suspek kes tembak di KLIA miliki empat kad pengenalan individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713247218_TBtembakkliajpg.jpg)
Suspek kes tembak di KLIA miliki empat kad pengenalan individu lain
Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dikatakan mempunyai empat kad pengenalan milik individu lain bersamanya.
![Warga emas beri maklumat palsu mohon kad pengenalan dipenjara, denda Warga emas beri maklumat palsu mohon kad pengenalan dipenjara, denda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709891030_TBCourtHammer.jpg)
Warga emas beri maklumat palsu mohon kad pengenalan dipenjara, denda
Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara dan denda selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memberi maklumat palsu ketika membuat permohonan kad pengenalan.
![Pulau Pinang rekod 211,115 pendaftaran PADU setakat semalam Pulau Pinang rekod 211,115 pendaftaran PADU setakat semalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708753549_PADU.jpg)
Pulau Pinang rekod 211,115 pendaftaran PADU setakat semalam
Sebanyak 211,115 penduduk Pulau Pinang telah mendaftar dan mengemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.
![PRK Kemaman: Pengundi diingatkan bawa kad pengenalan esok PRK Kemaman: Pengundi diingatkan bawa kad pengenalan esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698987394_DatukIkmalrudinIsh.jpg)
PRK Kemaman: Pengundi diingatkan bawa kad pengenalan esok
Pengundi PRK Parlimen Kemaman diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian bagi memudahkan semakan nama.
![JPN minta empat beradik tiada kad pengenalan hadir ke pejabatnya JPN minta empat beradik tiada kad pengenalan hadir ke pejabatnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686135828_JabatanPendaftaran.jpg)
JPN minta empat beradik tiada kad pengenalan hadir ke pejabatnya
JPN meminta empat beradik yang didakwa dihalang ke sekolah kerana tidak memiliki kad pengenalan untuk hadir ke pejabatnya.
![China kemas kini kad pengenalan pemastautin tetap mulai 1 Dis China kemas kini kad pengenalan pemastautin tetap mulai 1 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677229362_Chinaflag.jpg)
China kemas kini kad pengenalan pemastautin tetap mulai 1 Dis
Pemegang kad baharu itu akan dapat mengendalikan urusan peribadi, seperti perjalanan, perbelanjaan harian dan kewangan melalui platform dalam talian.
![PRN: Polis terima dua laporan kad pengenalan digunakan orang lain PRN: Polis terima dua laporan kad pengenalan digunakan orang lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691836379_TBundi.jpg)
PRN: Polis terima dua laporan kad pengenalan digunakan orang lain
Polis membuka dua kertas siasatan berkaitan laporan dakwaan penggunaan kad pengenalan oleh individu lain di dua pusat pengundian pada Sabtu.
![Polis terima tiga laporan nama, kad pengenalan diguna individu lain untuk mengundi Polis terima tiga laporan nama, kad pengenalan diguna individu lain untuk mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691500213_FisolSalleh.jpg)
Polis terima tiga laporan nama, kad pengenalan diguna individu lain untuk mengundi
Polis menerima tiga laporan berkaitan nama dan kad pengenalan digunakan individu lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, setakat ini.
![PRN: Pemuda Pas Pulau Pinang dakwa wujud cubaan bawa 'pengundi hantu' PRN: Pemuda Pas Pulau Pinang dakwa wujud cubaan bawa 'pengundi hantu'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691577781_PasPulauPinang.jpg)
PRN: Pemuda Pas Pulau Pinang dakwa wujud cubaan bawa 'pengundi hantu'
Pemuda Pas Pulau Pinang mendakwa wujud usaha memanipulasi undi dengan membawa 'pengundi hantu' semasa hari pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.