KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 547 laporan berhubung kes penipuan oleh tiga syarikat pelaburan dan sebanyak 62 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata daripada jumlah itu, 42 kertas siasatan masih dalam penyiasatan manakala 14 kes sudah dituduh, empat arahan tiada tindakan lanjut dan dua masih dalam tindakan Pejabat Peguam Negara.
"Semua laporan polis yang didapati mempunyai unsur penipuan atau pecah amanah jenayah akan dibuka kertas siasatan dan disiasat mengikut seksyen berkaitan jenayah itu di bawah Kanun Keseksaan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bagi kes melibatkan jenayah pelaburan, kebanyakan menjurus kepada peruntukan undang-undang lain antaranya Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671), Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) serta Akta Skim Kepentingan 2016 (Akta 778).
"Apabila sesuatu laporan polis diterima, JSJK akan menasihatkan pengadu untuk merujuk laporan mereka kepada agensi berkaitan," katanya.
Ramli mengulas mengenai kira-kira 500 mangsa penipuan tampil membuat aduan dan laporan kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) selepas mendakwa tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa ke atas tiga syarikat pelaburan.
Mengulas lanjut, beliau berkata pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuang nasib mangsa perlu mengambil maklum bahawa pihak berkuasa termasuk PDRM tidak mengambil mudah atau bersikap tidak peka terhadap kes penipuan termasuk skim pelaburan.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan khususnya yang menjanjikan pulangan tinggi terutama daripada syarikat tidak berdaftar.
Semalam, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama 500 mangsa kes penipuan pelaburan membuat aduan kepada NFCC.
Mereka mendakwa tiada tindakan diambil terhadap tiga syarikat yang dikatakan menipu mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023
![Polis terima lebih 500 laporan berhubung kes penipuan tiga syarikat pelaburan Polis terima lebih 500 laporan berhubung kes penipuan tiga syarikat pelaburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703085474_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
Ramli turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan khususnya yang menjanjikan pulangan tinggi terutama daripada syarikat tidak berdaftar. - Gambar Bernama
![Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/51482503138_budaksekolahmotor.jpg)
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
![Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684818102_RubiahWang.jpg)
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
![Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683697104_CyberAttack.jpg)
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
![Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027 Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720094373_Flag.jpg)
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
![China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720107136_OrganizationSCOs.jpg)
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
![Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718092295_tbLimHuiYing.jpg)
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
![Skim pelaburan di laman sosial taktik menipu - Pengarah JSJK Bukit Aman Skim pelaburan di laman sosial taktik menipu - Pengarah JSJK Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717744068_latihanasaskepolis.jpg)
Skim pelaburan di laman sosial taktik menipu - Pengarah JSJK Bukit Aman
Kebanyakan skim pelaburan di laman sosial seperti Facebook dan Telegram, adalah berbentuk penipuan serta tidak boleh dipercayai.
![Boon Heong dedah turut ditipu RM2.5 juta Boon Heong dedah turut ditipu RM2.5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717487968_TanBoonHeong.jpg)
Boon Heong dedah turut ditipu RM2.5 juta
Tan Boon Heong berkongsi pengalaman pahit pernah menjadi mangsa sindiket penipuan yang menyebabkan dia mengalami kerugian hampir RM2.5 juta.
![PDRM kesan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' libat kerugian lebih RM2 juta PDRM kesan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' libat kerugian lebih RM2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716548444_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
PDRM kesan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' libat kerugian lebih RM2 juta
PDRM mengesan kewujudan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' yang menawarkan skim pelaburan melalui aplikasi Facebook dengan keuntungan dalam tempoh antara tiga hingga enam jam.
![Pengurus syarikat berputih mata rugi lebih RM500,000 Pengurus syarikat berputih mata rugi lebih RM500,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707299365_scam.jpg)
Pengurus syarikat berputih mata rugi lebih RM500,000
Lelaki berusia 58 tahun itu pada mulanya telah mengenali seorang wanita yang menggunakan nama samaran, Amy di aplikasi WeChat.
![Bekas remisier didakwa tipu pelabur, terlibat dalam aktiviti pasaran modal tidak berlesen Bekas remisier didakwa tipu pelabur, terlibat dalam aktiviti pasaran modal tidak berlesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708400247_MahkamahKualaLumpu.jpg)
Bekas remisier didakwa tipu pelabur, terlibat dalam aktiviti pasaran modal tidak berlesen
SC mendakwa seorang bekas remisier, Peter Chuah Hock Heng atas tuduhan menipu pelabur dan terlibat dalam aktiviti pasaran modal tidak berlesen.
![Pengarah syarikat rugi lebih RM11 juta diperdaya skim pelaburan mata wang kripto Pengarah syarikat rugi lebih RM11 juta diperdaya skim pelaburan mata wang kripto](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706328114_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Pengarah syarikat rugi lebih RM11 juta diperdaya skim pelaburan mata wang kripto
Seorang pengarah syarikat kerugian RM11,130,123 selepas terpedaya dengan skim pelaburan mata wang kripto 'ACCERX' yang diiklankan di laman Facebook pada September lepas.
![Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623320865_SINDIKETPELABURAN.jpg)
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang penghantar makanan terpaksa berputih mata apabila kerugian RM82,000 selepas ditipu skim pelaburan tidak wujud.
![Terperdaya skim pelaburan tidak wujud, bekas pengarah syarikat rugi lebih RM380,000 Terperdaya skim pelaburan tidak wujud, bekas pengarah syarikat rugi lebih RM380,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700626767_scam.jpg)
Terperdaya skim pelaburan tidak wujud, bekas pengarah syarikat rugi lebih RM380,000
Wanita berusia 63 tahun membuat laporan polis pada Jumaat apabila menyedari dirinya telah diperdaya satu skim sindiket penipuan pelaburan.
![Orang ramai diminta berwaspada, BNM tidak promosikan skim pelaburan Orang ramai diminta berwaspada, BNM tidak promosikan skim pelaburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705589949_BNMtidakpromosikan.jpg)
Orang ramai diminta berwaspada, BNM tidak promosikan skim pelaburan
Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan video, hantaran atau mesej yang menyalahgunakan nama, logo atau nama pegawai kanannya.
![Polis terima lebih 500 laporan berhubung kes penipuan tiga syarikat pelaburan Polis terima lebih 500 laporan berhubung kes penipuan tiga syarikat pelaburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703085474_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
Polis terima lebih 500 laporan berhubung kes penipuan tiga syarikat pelaburan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 547 laporan berhubung kes penipuan oleh tiga syarikat pelaburan dan sebanyak 62 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.