Polis menerima lapan laporan polis daripada pekerja wanita sebuah kilang baju di Jalan Sungai Pinang, Jelutong di sini berhubung kejadian culik sejak 28 hingga 30 Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata berdasarkan siasatan terperinci yang dijalankan, polis mendapati terdapat percubaan culik daripada beberapa lelaki yang datang dengan kereta atau van dengan cuba menarik pekerja menaiki kenderaan berkenaan.
"Kami telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di sekitar kawasan kilang itu dan menemui beberapa keterangan serta petunjuk yang membantu siasatan kes berkenaan," katanya di sini pada Ahad.
Katanya pihak polis turut meningkatkan rondaan di sekitar kawasan Jalan Sungai Pinang bagi menjaga keselamatan pekerja dan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.
Mior Faridalathrash berkata kes itu sedang disiasat menurut Seksyen 363 dan 511 Kanun Keseksaan dan pihak polis juga mengalu-alukan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau suspek yang terlibat dengan menyalurkan maklumat ke talian 04-218 1822 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Kejadian cubaan culik pekerja kilang itu menjadi viral di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp hari ini dan mereka mendakwa hampir menjadi mangsa penculikan dengan suspek memberhentikan kereta sebelum menarik mangsa masuk ke dalam kenderaan.
Bernama
Sun Sep 04 2016
MIOR FARIDALATHRASH: Pihak polis turut meningkatkan rondaan di sekitar kawasan Jalan Sungai Pinang bagi menjaga keselamatan pekerja dan penduduk. -Gambar fail
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Terjun tingkat lapan selepas bunuh teman wanita
Seorang lelaki dipercayai bertindak menikam teman wanitanya sebelum terjun dari tingkat lapan pangsapuri Taman Kilangin di Jalan Sungai Pinang, George Town petang Khamis.
Tujuh motosikal, tiga kereta musnah dalam kebakaran
Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan pada 4.22 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.
Dua lelaki maut, motosikal diseret kereta 30 meter
Dua lelaki maut apabila motosikal yang ditungang mereka dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan jalanraya di persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu / Jalan Sungai Pinang.
Polis terima lapan laporan kes cubaan culik pekerja wanita di Jelutong
Polis mendapati terdapat percubaan culik daripada beberapa lelaki yang datang dengan kereta atau van dengan cuba menarik pekerja menaiki kenderaan berkenaan.