Polis Terengganu membongkar kegiatan penipuan pakej umrah yang dijalankan sebuah yayasan di negeri ini melibatkan kerugian kira-kira RM14.2 juta.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata jumlah itu melibatkan kira-kira 4,800 mangsa yang terdiri dalam kalangan guru dan berikutan itu pihaknya telah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap pengarah dan akauntan yayasan terbabit, selama empat hari, bermula Selasa.
Kes terhadap mereka disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
"Hasil serbuan di premis yang terletak di Besut itu juga kita turut merampas beberapa barang kes termasuk 18 pasport, komputer riba, dua unit telefon bimbit dan beberapa dokumen.
Hasil pemeriksaan di dalam satu akaun milik anak syarikat itu pihak polis mengesan terdapat kemasukan wang sebanyak RM14.2 juta ke dalam akaun tersebut," katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.
Menurutnya semakan juga mendapati terdapat pengeluaran wang menerusi cek dan tunai namun masih belum dapat dikesan ke mana ia dibelanjakan.
Katanya yayasan berkenaan menggunakan modus operandi dengan mengeluarkan surat tawaran untuk menarik perhatian guru-guru di negeri ini menyertai pakej umrah yang ditawarkan mereka menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).
Katanya pakej berkenaan bernilai RM6,990 seorang namun mereka hanya perlu membayar kira-kira RM3,000 sahaja manakala baki selebihnya dikatakan akan dibiayai oleh syarikat yang membuat tajaan.
Rosli berkata sehingga kini pihaknya telah menerima sebanyak 47 laporan, daripada mangsa manakala satu laporan oleh syarikat agensi pelancongan.
Katanya hasil pemeriksaan juga pihaknya mendapati yayasan berkenaan tidak didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Beliau tidak menolak kemungkinan wang berkenaan digunakan untuk melakukan pelaburan dan satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes berkenaan.
"Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan kita juga masih mengesan aliran wang yang dikeluarkan dan dibelanjakan...kita juga dapati yayasan ini mempunyai 10 anak syarikat dan hanya tujuh yang berdaftar SSM," katanya.
Katanya yayasan berkenaan dikesan telah menawarkan pakej umrah ini dari Jun hingga Oktober lalu dan sering menunda tarikh untuk peserta mengerjakan umrah.
Rosli berkata pengarah yayasan berkenaan juga turut membuat tiga laporan polis berhubung ugutan dan ancaman yang diterima untuk mencederakannya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2016
![Polis Terengganu kesan penipuan pakej umrah, libatkan 4,800 mangsa, RM 14.2 juta Polis Terengganu kesan penipuan pakej umrah, libatkan 4,800 mangsa, RM 14.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/51451639537_madinah.jpg)
Polis Terengganu membongkar kegiatan penipuan pakej umrah yang dijalankan sebuah yayasan melibatkan kerugian kira-kira RM14.2 juta. - Gambar hiasan
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 17 Julai 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan pasaran telah beralih ke arah pilihan raya presiden AS menjelang November nanti, yang menunjukkan kebimbangan terhadap Donald Trump berikutan dasar ekonominya yang akan memihak kepada pemotongan cukai dan pengenaan tarif terhadap China.
![Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris? Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704813566_PearlyTandanThina.jpg)
Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?
Penganalisis berpendapat sukar buat Pearly-Thinaah menjayakan misi emas pertama Malaysia pada penampilan sulung mereka.
Niaga AWANI: [Hutang kerajaan persekutuan meningkat] Cabaran antara jimat atau langkah rangsangan
Perdana Menteri pada Selasa umum hutang kerajaan persekutuan meningkat kepada RM1.22 trilion berbanding RM1.17 trilion. Apakah cabaran mengurus hutang ini untuk memasihkan ia kekal di bawah had statutori? Adakah dasar fikal kita masih utuh?
![Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721175184_Pemudaberatkgk.jpg)
Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg
Dia melalui episod kehidupan yang panjang untuk mendapatkan berat terkini.
![Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006000_RINGGIT.jpg)
Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu ketika minat terhadap risiko kembali ketara.
Jiwa SME: Sabun Pro One Active sasar perluas pasaran global
Sabun Pro One Active tidak menggunakan sebarang lemak haiwan dalam pembuatannya selain ia mesra pengguna dan alam lantaran ia bercirikan biochemical.
Niaga AWANI: Potensi sebenar AI Generatif dalam sektor kewangan
Kecerdasan Buatan Generatif (Generative AI) adalah teknologi yang semakin mendapat perhatian dalam sektor kewangan. Ia menawarkan potensi besar untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan ketepatan dalam pelbagai aspek perkhidmatan kewangan. Apakah langkah yang boleh diambil Malaysia untuk membina infrastruktur yang baik bagi menyokong penggunaan AI generatif dalam sektor kewangan?
![Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721173567_tbbusplummetsoffc.jpg)
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
Niaga AWANI: [Transisi tenaga] Cabaran besar menanti Malaysia
Fokus perubahan tenaga yang Malaysia mahu laksanakan hadir dengan cabaran yang besar dan memerlukan bukan sahaja iltizam politik, sebaliknya sistem utuh dan kerjasama pelabagai pihak khususnya sektor korporat.
AWANI Pagi: Keselamatan kebakaran dalam pemasangan panel solar atas bumbung
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 8.30 pagi,
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
![Banjir: Enam sekolah di Terengganu ditutup Banjir: Enam sekolah di Terengganu ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703910274_TBJPNTPELAJARBANJIR.jpg)
Banjir: Enam sekolah di Terengganu ditutup
Tiga daerah yang terlibat ialah Dungun melibatkan penutupan tiga sekolah, dua di Hulu Terengganu dan sebuah sekolah ditutup di Setiu.
![Banjir Terengganu: Murid terjejas boleh pakai baju biasa ke sekolah - JPNT Banjir Terengganu: Murid terjejas boleh pakai baju biasa ke sekolah - JPNT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703910274_TBJPNTPELAJARBANJIR.jpg)
Banjir Terengganu: Murid terjejas boleh pakai baju biasa ke sekolah - JPNT
Pelajar yang terlibat banjir dinasihatkan supaya tetap hadir ketika sesi persekolahan bermula kembali pada Selasa depan.
![74 sekolah terjejas akibat banjir besar di Terengganu 74 sekolah terjejas akibat banjir besar di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672096777_Sekolahbanjirbesu.jpg)
74 sekolah terjejas akibat banjir besar di Terengganu
Banjir turut merosakkan pelbagai kemudahan sekolah antaranya kerusi, meja dan buku teks.
![JPNT tahan empat bot nelayan dalam Op Penyu JPNT tahan empat bot nelayan dalam Op Penyu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41643670226_BotTundaditahan.jpg)
JPNT tahan empat bot nelayan dalam Op Penyu
Pengunaan pukat jenis tersebut menjadi ancaman terbesar buat reptilia marin dan menjadi punca kematian penyu.
![Permohonan sekolah kanak-kanak warga asing sedang diteliti - JPNT Permohonan sekolah kanak-kanak warga asing sedang diteliti - JPNT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61507891800_950x600.jpg)
Permohonan sekolah kanak-kanak warga asing sedang diteliti - JPNT
Beliau berkata keputusan berhubung permohonan itu dijangka pada minggu depan.
![RM380,000 diperlukan baiki sekolah akibat musim tengkujuh RM380,000 diperlukan baiki sekolah akibat musim tengkujuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81483318468_Banjir.jpg)
RM380,000 diperlukan baiki sekolah akibat musim tengkujuh
Kerosakan yang berlaku katanya bukan sahaja akibat musim banjir tetapi angin kencang yang turut merosakkan atap dan siling.
![JPNT anggaran kerugian RM6 juta akibat banjir di Terengganu JPNT anggaran kerugian RM6 juta akibat banjir di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/41483509205_banjirTerengganu.jpg)
JPNT anggaran kerugian RM6 juta akibat banjir di Terengganu
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menganggarkan jumlah kerugian akibat banjir yang melanda negeri ini baru-baru ini mencecah RM6 juta.
![PDRM teruskan misi pasca banjir di Terengganu dua minggu lagi PDRM teruskan misi pasca banjir di Terengganu dua minggu lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/41483498701_banjirpantaitimur.jpg)
PDRM teruskan misi pasca banjir di Terengganu dua minggu lagi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan program Tangan Bersalaman sempena misi pasca banjir dalam tempoh dua minggu lagi.
![Polis Terengganu kesan penipuan pakej umrah, libatkan 4,800 mangsa, RM 14.2 juta Polis Terengganu kesan penipuan pakej umrah, libatkan 4,800 mangsa, RM 14.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/51451639537_madinah.jpg)
Polis Terengganu kesan penipuan pakej umrah, libatkan 4,800 mangsa, RM 14.2 juta
Polis Terengganu membongkar kegiatan penipuan pakej umrah yang dijalankan sebuah yayasan di negeri ini melibatkan kerugian kira-kira RM14.2 juta.
![Polis bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran bagi membanteras jenayah Polis bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran bagi membanteras jenayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/71374372994_295x200.jpg)
Polis bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran bagi membanteras jenayah
Polis Terengganu memperhebatkan kerjasama dengan JPNT bagi membanteras jenayah dalam kalangan pelajar termasuk gejala merempit di negeri itu.