Polis merampas 177,000 unit rim sport kereta bernilai RM160,000 yang dicuri dari sebuah kontena di Bukit Puchong serta menahan tiga lelaki dipercayai suspek kes itu, di sebuah restoran di Taman Meranti Jaya, Puchong semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata rampasan rim sport buatan China itu dilakukan di beberapa lokasi sebaik polis memberkas ketiga-tiga suspek terbabit yang berumur antara 27 dan 48 tahun.
Beliau berkata rampasan pertama membabitkan 1,581 unit rim sport yang disembunyikan dalam sebuah treler berwarna biru yang diletakkan di kawasan Putra Perdana, Puchong kira-kira pukul 3 pagi hari yang sama.
"Rampasan kedua dilakukan di sebuah kedai aksesori kereta di Batu Caves kira-kira sejam kemudian dan menemui 196 unit rim sport.
"Manakala operasi di Taman Kinrara, Puchong membabitkan sebuah kontena kosong pada pukul 2.30 petang hari yang sama," katanya dalam sidang media hari ini.
Mohd Adnan berkata ketiga-tiga suspek terbabit dipercayai telah memindahkan kesemua rim sport yang dicuri dari kontena asal ke dalam treler berwarna biru yang ditemui ketika rampasan pertama dilakukan.
Beliau berkata kesemua rim sport itu dilaporkan hilang pada 19 Okt lepas di kawasan Bukit Puchong dekat sini apabila seorang ahli perniagaan alat ganti kereta mendapati kontena berisi 1,844 unit rim sport itu hilang.
Katanya, kesemua suspek berkenaan termasuk seorang pemandu teksi dan pekerja syarikat treler yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau turut ditahan reman sehingga 1 Nov ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Mengulas lanjut, Mohd Adnan berkata polis masih mengesan baki rim sport berkenaan dan tidak menolak kemungkinan ia telah dijual.
"Berdasarkan siasatan kita dapati rim sport bernilai RM1,400 seunit itu dijual lebih murah berbanding harga pasaran," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Adnan berkata polis sedang mengesan seorang lelaki warga Myanmar dikenali sebagai Zau Lin, 37, bagi membantu siasatan kes bunuh lelaki warga negara sama pada Sabtu lepas.
Beliau berkata lelaki itu merupakan rakan sekerja kepada mangsa yang ditemui mati di Taman Sentosa Klang.
"Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran," katanya.
Bernama
Tue Oct 30 2012


RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KPDN Selangor rungkai taktik baharu seleweng LPG subsidi di Puchong
KPDN Selangor bongkar taktik baharu penyelewengan LPG di Puchong, dengan rampasan tertinggi RM1.6 juta.

Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Imigresen serbu medan selera, tahan 58 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen menahan 58 pendatang tanpa izin disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dalam serbuan di medan selera di pusat bandar Puchong, Selangor, semalam.

Dokumen, barangan lelaki disyaki guna gelaran Datuk Seri palsu dirampas
Dokumen tertera gelaran Datuk Seri antara barangan dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah premis rawatan Ayurveda yang dikendalikan seorang lelaki di Puchong.

Tak puas hati keputusan penalti, pengadil diserang pemain
Berang pasukan lawan diberikan sepakan penalti, seorang pengadil perlawanan bola sepak diserang dan ditumbuk berkali-kali oleh pemain.

16 pendatang tanpa izin ditahan di premis hiburan haram di Puchong
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 16 pendatang tanpa izin dalam operasi di sebuah premis diubah suai menjadi pusat hiburan haram di Puchong, Selangor, semalam.

Tukang tilik bergelar 'Datuk' ditahan berhubung kes rogol
Polis menahan seorang tukang tilik dipercayai bergelar 'Datuk' bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang wanita dalam kejadian di Puchong, Selangor.

Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.

Selepas agih ayam secara percuma, geng bertopeng belanja telur sepapan pula!
Ada yang memuji tindakan mereka sehingga memberikan gelaran 'Robin Hood' dan ada juga yang was-was dengan kegiatan yang dilakukan.

Dua maut, dua lagi cedera dalam letupan kilang di Puchong
Susulan kejadian, kerja-kerja pengudaraan dilakukan untuk mengeluarkan gas yang masih berada di dalam premis.