IPOH: Polis menahan seorang pekerja wanita warga asing yang dipercayai mencuri barang kemas milik majikannya bernilai kira-kira RM15,000.
Suspek yang berusia 35 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Pasir Puteh, di sini jam 1.50 tengah hari semalam, oleh sepasukan polis Bahagian Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pengadu pada Sabtu lalu.
"Pengadu mengesyaki barang kemasnya telah dicuri oleh pekerja warga asing yang datang menjalankan kerja-kerja pembersihan di rumahnya di Taman Rapat Setia Baru, di sini.
"Setelah menerima laporan itu, pihak polis telah mengadakan operasi khas dan berjaya menangkap seorang suspek wanita warga asing yang dipercayai bertanggungjawab terhadap kes tersebut.
"Tangkapan tersebut dibuat dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas laporan polis diterima," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu, Yahaya berkata polis turut berjaya merampas beberapa barang kes, termasuk milik pengadu yang bernilai kira-kira RM13,000.
Selain itu, polis turut menemukan resit kedai pajak gadai dan kedai emas.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (curi dalam bangunan)," katanya.
Beliau berkata, polis memperoleh perintah tahanan reman ke atas suspek tersebut selama empat hari, bermula hari ini hingga Khamis bagi membantu siasatan.
Beliau turut menasihatkan pengusaha kedai pajak gadai dan kedai emas untuk mengamalkan langkah berhati-hati dalam urusan perniagaan serta jangan membeli barang kemas curi.
Aida Aziz
Mon Jun 20 2022

Polis memperoleh perintah tahanan reman ke atas suspek selama empat hari, bermula hari ini hingga Khamis bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Pembantu rumah diberkas curi barang kemas majikan
Soal siasat yang dijalankan kemudian membawa kepada penemuan beberapa barangan kemas di sebuah rumah di Kuala Lumpur.

Polis tahan wanita warga asing curi barang kemas majikan RM15,000
Polis menahan seorang pekerja wanita warga asing yang dipercayai mencuri barang kemas milik majikannya bernilai kira-kira RM15,000.