KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita tempatan kerana disyaki memukul dan melemparkan telefon bimbit milik mahasiswi sebuah kolej swasta di Kajang pada Khamis lepas.
Ketika kejadian yang berlaku kira-kira 2 petang itu, suspek berumur 50 tahun telah meminta tolong untuk meminjam telefon bimbit bagi membuat panggilan tetapi mangsa dan rakan memaklumkan mereka sedang menggunakan telefon bimbit untuk menjalankan tugasan kerja pembelajaran.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata tiba-tiba suspek yang berang terus merampas telefon bimbit mangsa dan melemparkannya ke jalan raya sehingga rosak.
Beliau berkata mangsa meminta suspek untuk bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah kerosakan telefon bimbit miliknya di dalam sebuah premis serbaneka berdekatan untuk berbincang.
"Tiba-tiba suspek memegang sebuah buku dan telah memukul muka suspek menggunakan buku berkenaan dan kedua-dua kejadian ini terdapat dalam video yang sempat dirakam oleh rakan mangsa dan telah tular menerusi media sosial.
"Suspek kini direman selama tiga hari hingga 6 Ogos ini dan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zaid berkata orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung dengan pegawai penyiasat kes Insp Azrul Nizam Zainal Abidin melalui talian 016-9985730 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023

Suspek direman selama tiga hari hingga 6 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Polis tahan wanita lempar telefon, pukul pelajar guna buku
Polis menahan seorang wanita tempatan kerana disyaki memukul dan melemparkan telefon bimbit milik mahasiswi sebuah kolej swasta di Kajang pada Khamis lepas.

Polis nafi kejadian tanah runtuh di Gopeng
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata semakan pihaknya mendapati kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di luar negara.

JHEAT nasihat 'duda sado' usah tayang badan ketika jual durian
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihatkan seorang lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju ketika menjual durian supaya tidak lagi mempamerkan bentuk badannya.

Video tular: Polis tahan lelaki 'potong Q', pandu secara melulu dan berbahaya
Seorang lelaki ditahan setelah disyaki memandu secara melulu hingga boleh membahayakan pengguna lain sehingga tular menerusi rakaman sebuah video.

Polis terima laporan kes pelajar dipukul di sekolah
Kejadian yang dipaparkan dalam video berdurasi 25 saat itu disahkan berlaku di sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Langkawi.

Dipuji Ryan Reynolds: "Terkejut, menjerit-jerit saya masa nak berbuka puasa!" - Sofyank
Softyank menyedari Ryan mengulang siar video ciptaannya pada Isnin lalu apabila mendapat notifikasi tanpa henti di Twitter ketika waktu berbuka puasa.

Ceroboh tadika alasan mahu beri anak roti
Suspek dikatakan telah menceroboh tadika terbabit dengan alasan mahu memberikan roti kepada anaknya.

Penganjuran 'konsert' di Bulatan Sultan Azlan Shah tiada kebenaran
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan acara itu yang tular, hari ini.

Berebut pelanggan dan dendam lama punca pergaduhan di Medan Renong - Polis
Lelaki berusia 36 tahun itu mendakwa berlaku perselisihan faham antaranya dengan lima lelaki lain sehingga tercetusnya perbalahan.

Dakwaan buli: Sekolah dikenal pasti, tunggu siasatan lanjut - Polis Perak
Polis Perak sedang mengenal pasti pelajar-pelajar yang terlibat di dalam kejadian buli yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.