KOTA BHARU: Seorang wanita disyaki pembekal dadah ditahan bersama 532.7 gram (g) dadah jenis heroin dan 1,000 pil yaba dalam serbuan di sebuah rumah di Lembah Cherang Ruku, Pasir Puteh semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata suspek berumur 31 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh pada 9.25 pagi dan sejumlah dadah bernilai RM199,000 serta sebuah kenderaan bernilai RM30,000 dirampas.
"Dadah berkenaan dijumpai di dalam kereta dan rumah iaitu 94 botol disyaki jenis heroin dan 1,000 pil yaba serta sebuah kenderaan dirampas dengan nilai keseluruhan RM229,000.
"Suspek seorang penganggur sudah bersuami dan disyaki pembekal dadah, namun tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan orang lain (pengedar dadah)," katanya pada sidang media Pelupusan Barang Kes Dadah Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Muhamad Zaki berkata suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan.
Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan menangkap sebanyak 12,710 orang kerana pelbagai kesalahan bagi tempoh Januari hingga September lepas.
"Polis juga berjaya merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM65 juta dan menyita aset pengedar dadah lebih RM3.3 juta.
"Selain itu, seramai 52 orang ditahan mengikut Seksyen ADB Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985," katanya.
Beliau berkata polis turut melakukan pelupusan dadah berjumlah 454,291.596 gram dan 2,952.145 liter pelbagai jenis dadah bernilai RM90,287,530.77 yang dirampas sejak 2006 hingga tahun ini melibatkan 2,368 kertas siasatan.
"Pelupusan dadah ini akan dilakukan esok (Khamis) di Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023
Suspek berumur 31 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh. - Gambar hiasan
Dasar peralihan tenaga buka peluang pemain OGSE kembang, teroka pasaran baharu
Sektor OGSE perlu melihat dasar peralihan tenaga kerajaan yang kukuh sebagai peluang untuk berkembang dan meneroka pasaran baharu serta kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
Skor Indeks Kesihatan Mental Belia tahap sederhana
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dedahkan skor Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 mencatatkan tahap sederhana.
#AWANIRingkas 5 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 November 2024
1️⃣ Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
2️⃣ Pengerusi masjid direman enam hari
3️⃣ BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain
1️⃣ Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
2️⃣ Pengerusi masjid direman enam hari
3️⃣ BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain
Projek atasi banjir RM316 juta di Sarawak sedang dilaksana
PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini melaksanakan Projek Mengatasi Banjir Pantai Negeri Sarawak di bawah RMK12 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM316 juta.
AWANI Ringkas: Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin enam warga Malaysia
Mahkamah Narathiwat menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman pada Isnin kerana disyaki memiliki dadah.
PM Anwar sifatkan Malaysia-China sebagai 'sahabat yang hebat'
Perdana Menteri menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat' ketika kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
AWANI Borneo [5/11/2024] – PRN Sabah | Di seluruh negara | Mesra rakyat
Awani Borneo Selasa, 5 November 2024 bersama Assim Hassan.
1. PRN Sabah, BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain.
2. KKR kenal pasti lebih 1,500 cerun berisiko tinggi.
3. Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Labuan.
1. PRN Sabah, BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain.
2. KKR kenal pasti lebih 1,500 cerun berisiko tinggi.
3. Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Labuan.
Pegawai SPRM didakwa salah guna wang sitaan berjumlah RM613,000
Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta dengan curang.
Polis tahan wanita disyaki pembekal dadah
Seorang wanita disyaki pembekal dadah ditahan bersama 532.7 gram (g) dadah jenis heroin dan 1,000 pil yaba dalam serbuan di sebuah rumah di Lembah Cherang Ruku, Pasir Puteh semalam.
121kg dadah bernilai RM6.45 juta dirampas dalam operasi satu hari
Seramai 468 individu berusia antara 18 dan 46 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam penjualan dadah secara runcit.