Polis menahan tiga lelaki kerana memiliki sepucuk pistol jenis Colt .38, sepucuk pistol tiruan berserta pedang samurai dan parang dalam tiga serbuan berasingan di Kelantan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek berusia antara 21 hingga 49 tahun ditahan masing-masing di Pengkalan Chepa dan Kota Bharu.

Suspek pertama ditahan di sebuah stesen minyak dan hasil pemeriksaan menemui sebilah pedang samurai, dua bilah parang dan satu pisau lipat turut positif dadah jenis metaphetamine.

Berita selanjutnya dapat diikuti melalui video yang telah disediakan.