KULAI: Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki terlibat kes pecah masuk Pejabat Parlimen Kulai, pejabat sekolah dan tokong di sekitar daerah ini, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tan Seng Lee berkata kesemua suspek berusia lingkungan 24 hingga 29 tahun itu ditahan di sekitar Kulai dan Johor Bahru bermula 3.30 pagi hingga 3 petang serta polis turut merampas peralatan dan kenderaan dipercayai digunakan dalam kegiatan terbabit.
"Tangkapan ini dipercayai berjaya menyelesaikan tujuh kes yang disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata semakan mendapati kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampau serta positif dadah jenis methamphetamine selepas ujian saringan air kencing.
Siasatan lanjut katanya masih diteruskan bagi mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.
Sebelum ini, media melaporkan Pejabat Parlimen Kulai dan empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah ini dipecah masuk baru-baru ini.
Ahli Parlimen Kulai yang juga Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching Teo dilapor berkata kejadian itu menyebabkan kerugian ribuan ringgit dengan barang yang hilang termasuk peranti (tablet) dan telefon bimbit.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Tan berkata empat lelaki berusia lingkungan 41 hingga 55 tahun ditahan dalam dua serbuan kerana disyaki terlibat kes pecah rumah pada 12 Julai lepas.
Beliau berkata tangkapan itu dipercayai menyelesaikan tujuh kes pecah rumah di sekitar Kulai, Pontian dan Seri Alam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024

Antara barang yang dirampas daripada geng pecah sekolah, tokong dan pejabat di sekitar Kulai. - Foto PDRM
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Polis tahan tiga lelaki disyaki pecah masuk pejabat Parlimen Kulai
Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.